Wednesday, September 24, 2014

Potensi Perkembangan Kanak-Kanak Pendidikan Khas

 Assalamualaikum semua... kali ini saya akan kongsikan potensi perkembangan kanak-kanak istimewa yang perlu kita ketahui... mungkin ini bermanfaat untuk semua.. selamat membaca.... :)

Potensi Perkembangan Kanak-kanak Istimewa 
Pentingnya mengenal pasti kecacKecacatan-kecacatan fizikal seperti rabit bibir, rabit lelangit, capik kaki, katarak mata, berkepala besar (hydrocephalus) dan tanda-tanda di bahadian kulit mudah dikenal pasti tetapi kecacatan-kecacatan seperti pekak dan rencat akal tidak ketara dan memerlukan cara pemeriksaan dan penilaian yang khusus. Justeru itu, jika kemungkinan-kemungkinan ini tidak difikirkan, banyak kes bayi pekak dan rencat akal tidak dikenal pasti dari peringkat awal lagi menyebabkan program intervensi sering lambat dimulakan.

MEMAKSIMUMKAN POTENSI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK CACAT 

               Dalam mana-mana masyarakat, pasti akan terdapat golongan cacat, sama ada cacat fizikal ataupun mental. Antara jenis-jenis kecacatan yang biasa adalah rencat akal, pekak, buta dan cerebal palsy (biasa dikenali sebagai spastik ) yang menyebabkan ketidakupayaan menggunakan tangandan kaki . Selain kecacatan -kecacatan ini , banyak lagi kategori cacat seperti epilepsi ( sawan ) , bisu (tidak boleh bercakap walaupun pendengaran baik ) , juling , rabun , hiperaktif dan lain -lain lagi . 

              Terdapat ramai kanak -kanak dilahirkan dengan berbagai -bagai jenis kecacatan . Antaranya adalah rabit lelangit , rabit bibir , kerosakan jantung , kerosakan usus , kecacatan pada urat saraf dan sistem -sistem lain dan sebagainya . Kecacatan boleh dibahagikan kepada tiga kategori : 

1.   Kecacatan semula jadi , sama ada yang berkaitan dengan baka atau penyakit yang berlaku pada peringkat bayi lagi . 

2. Perintal , iaitu dari 28 minggu sehingga satu minggu selepas bayi dilahirkan . Umpamanya , bayi yang dilahirkan lemas ( perinatal Asphyxia ) akan mengalami kerosakan otak , jangkitan , penyakit kuning yang serius dan sebagainya . 

3. Bayi dilahirkan normal tetapi kecacatan berlaku akibat penyakit , kecederaan atau kemalangan . 

              Dianggarkan hampir 3 % daripada jumlah kanak -kanak di negara ini mengalami kecacatan yang teruk . Hasil kajian yang dijalankan disentul pada tahun 1982 ke atas sekumpulan kanak -kanak berusia dari tiga hingga sembilan tahun mendapati tidak kurang daripada 30 orang kanak -kanak dikatakan mengalami kecacatan disenaraikan dibawah ini. Angka dalam kurungan ialah bilangan kanak -kanak yang terlibat bagi setiap kecacatan :- 

1.   Kecacatan akal ( 15 ) 

2.   Spastik ( 3) 

3.   Sawan ( 3) 

4.   Pekak ( 1 ) 

5.   Rabun ( 1 ) 

6.   Masalah pertuturan ( 2) 

7.   Masalah penbelajaran ( 4 ) 

8.   Masalah tingkah laku ( 1 ) 

Jumlah - 30 

             Kebanyakan kajian yang dijalankan di negara -negara lain mendapati bahawa bilanagan kanak -kanak cacat teruk dan sederhanan dianggarkan diantara 10 hingga 15 peratus daripada jumlah keseluruhan kanak -kanak . Ini suatu angka yang sangat besar dan sudah tentu akan memerlukan sumber kewangan dan tenaga mahir yang besarbagi menyediakan perkhidmatan -perkhidmatan untuk membantu kanak -kanak itu. 

            Setiap kanak -kanak memerlukan perkara -perkara asas dalam kehidupan seperti makan minum , pakaian , tempat perlindungan dan kasih sayang ibu bapa . Keperluan -keperluan ini perlulah dipenuhi supaya dia dapat berkembang dan membesar dengan sempurna . Setiap kanak -kanak ingin menikmati keindahan hidup dan merasakan dirinya dihargai serta mempunyai sesuatu kebolehan yang dapat dibanggakan . Begitu juga dengan kanak -kanak cacat , malahan ada diantara mereka yang memerlikan perkara -perkara lain yang lebih khusus Umpamanya , kanak -kanak pekak mungkin memerlukan alat pendengaran dan latihan pertuturan . Kanak -kanak rabun mungkin memerlukan cermin mata . Kanak -kanak spastik pula memerlukan latihan berbentuk fisioterapi ., terapi cara kerja serta alat -alat untuk membantunya duduk , berdiri dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain . Kanak -kanak rencat akal sejak lahir memerlukan pendidikan khas yang disesuaikan dengan tahap inteleknya . Disamping itu , terdapat juga kanak -kanak yang mengalami berbagai -bagai jenis kecacatan seperti cacat penglihatan dan pendengaran . Contohnya , bayi yang menghidap congenital rubella bukan sahaja dilahirkan bertubuh kecil tetapi mungkin juga pekak , buta atau mengalami kerosakan jantung dan sebagainya . Keperluan -keperluan kanak -kanak ini lebih kompleks dan ibu bapa amat memerlukan nasihat dari golongan profesional yang arif tentang rawatan dan program pemulihan bagi kanak -kanak cacat . 

              Ibu bapa yang mempunyai anak cacat sering mengemukakan beberapa persoalan asa . Mengapa keadaan ini boleh berlaku kepada mereka ? Bolehkah anak mereka dipulihkan atau dirawat ? Apakah masalah -masalah yang mungkin mereka hadapi dalam mengasuh dan mendidik anak dari semasa ke semasa dan bagaimanakah cara pengendaliannya ? Bagaimanakah masa depan anak mereka ? Bolehkah anak -anak ini dimasukan ke sekolah atau mungkinkah mereka akan terus terbiar di bawah jagaan ibu bapa tanpa bantuan pihak kerajaan atau badan -badan tertentu untuk meningkatkan perkembangan anak mereka ? Bolehkah keadaan ini berulang ? Siapakah yang akan menjaga anak cacat mereka selepas mereka meninggal dunia ? Setiap persoalan di atas menjadi ' pre - occupation ' kepada ibu bapa dan mereka amat memerlukan bimbingan profesional yang arif dalam menilai , merawat dan memulihkan kanak -kanak cacat . 

            Pada masa ini , sudah ada banyak teknologi untuk mencegah dan merawat penyakit yang boleh menyebabkan kecacatan dikalangan kanak -kanak . Teknik -teknik untuk memaksimumkan potensi perkembangan kanak -kanak cacat juga telah berkembang dengan pesatnya . Kemajuan sains amat pesat dan hari demi hari , maklumat -maklumat berkaitan dengan aspek -aspek ini sering dikemukakan oleh para penyelidik sama ada melalui majalah -majalah sains , persidangan -persidangan sains , media massa dan sebagainya . Dalam soal pengendalian kanak -kanak cacat , dua prinsip perlu dihayati : 

1.   Mengenal pasti kecacatan dari peringkat awal . 

2.   Memulakan intervensi atau langkah -langkah pemulihan dari peringkat awal . 

             Kedua -dua prinsip ini amatpenting memandangkan bahawa kadar tumbesaran dan perkembangan kanak -kanak cacat amat pesat sekali pada peringkat usia di bawah lima tahun . Para penyelidik telah lama menyedari tentang peringkat -peringkat yang dinamakan critical periods of growth and development. Umpamanya, seorang kanak-kanak yang dilahirkan dengan katarak mata akan rabun jika pembedahan tidak dilakukan pada peringkat awal lagi. Begitu juga dengan kanak-kanak yang dilahirkan pekak: tanpa alat pendengaran dan latihan berkomunikasi dari peringkat bayi lagi, peluangnya untuk mencapai kebolehan bertutur dengan baik amat tipis sekali. Perkembangan bahasa amat penting sekali pada peringkat usia di bawah tiga tahun dan keadaan-keadaan seperti kurang daya pendengaran dan rangsangan akan menjejaskan perkembangan bahasa kanak-kanak tersebut . 

 Pentingnya mengenal pasti kecacatan dari peringkat awal 


              Kecacatan-kecacatan fizikal seperti rabit bibir, rabit lelangit, capik kaki, katarak mata, berkepala besar (hydrocephalus) dan tanda-tanda di bahadian kulit mudah dikenal pasti tetapi kecacatan-kecacatan seperti pekak dan rencat akal tidak ketara dan memerlukan cara pemeriksaan dan penilaian yang khusus. Justeru itu, jika kemungkinan-kemungkinan ini tidak difikirkan, banyak kes bayi pekak dan rencat akal tidak dikenal pasti dari peringkat awal lagi menyebabkan program intervensi sering lambat dimulakan. 

             Contohnya, kanak-kanak yang dilahirkan pekak mungkin tidak dapat dikenal pasti kecacatannya sehingga beberapa tahun lamanya . Seelok-eloknya, pemeriksaan dibuat sewaktu dia masih dihospital lagi untuk menentukan sama ada dia pekak atau tidak. Jika dia disahkan pekek, usaha untuk membekalkannya dengan alat pendengaran boleh diatur. Program untuk melatih ibu bapa kanak-kanak itu tentang teknik-teknik berkomunikasi dan mengajar anak mereka memahami dan menggunakan bahasaperlu diaturkan. 

             Satu contoh lagi melibatkan kanak-kanak yang mengalami kerosakkan otak sewaktu kelahiran sehingga menyebabkan dia spastik. Dia mungkin tidak boleh menggerakkan kaki dan tangannya seperti kanak-kanak biasa. Apa yang sering berlaku ialah ibu bapa kanak-kanak spastik kerap membiarkan anak mereka bersendirian kerana tidak tahu cara untuk mendapatkan perhatian dan merangsang si anak itu. Akibatnya, anak mereka kurang mendapat perhatian. Mereka hanya memenuhi keperluan-keperluan asas anak mereka sahaja seperti menyediakan makan minum. Membersihkan diri dan memakaikan seluar dan baju. 

             Kanak-kanak cacat sering tidak diberi rangsangan yang cukup untuk membolehkan mereka berkembang dan menguasai kemahiran-kemahiran asas. Ini jelas dapat dilihat dalam kajian keatas kanak-kanak cacat di Sentul. Berbagai-bagai faktor boleh menyebabkan keadan ini berlaku. Ibu bapa sedar bahawa anak mereka rencat akal tetapi tidak mengetahui ciri-ciri kekuatan yang dimilikinya. Teknik-teknik rangsangan yang boleh mereka gunakan untuk membantu kanak-kanak mereka menguasai kemahiran-kemahiran tertentu tidak pernah diajarkan. Mereka juga terlalu sibuk dengan perkejaan masing-masing sehingga tidak dapat menumpukan perhatian terhadap anak mereka. Apa yang diperlukan oleh setiap ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak cacat ialah maklumat tentang setiap aspek yang berkaitan dengan kecacatan, kaedah-kaedah pemulihan yang sesuai untuk anak itu dan sama ada sianak itu perlu rawatan perubatan yang tertentu atau tidak. 

             Kanak-kanak berbeza antara satu dengan yang lain. Tidak semua kanak-kanak cacat boleh mendapat manfaat daripada sesuatu program. Umpamanya, dalam satu kelas pemulihan, kanak-kanak yang kurang tumpuan perhatian (attention span deficit disorder) kerap tidak mengikut arahan guru, tidak boleh duduk diam dan asyik merayau-rayau sesuka hatinya.   Oleh itu, prestasi akademiknya pasti tidak memuaskan. Seelok-eloknya, guru perlu memberikan lebih perhatian kepadanya dengan memanggil-manggil namanya, menepuk-nepuk tangan dan memetik jari selalu untuk mendapatkan perhatiannya. Kanak-kanak ini sering memerlukan isyarat-isyarat dan tunjuk ajar yang menggunakan pendekatan satu dengan satu. Tetapi, situasi didalam bilik darjah biasa tidak sesuai kerana seorang guru perlu mengawasi tidak kurang daripada 40 orang murid. Suatu program khas perlulah diaturkan untuk kanak-kanak tersebut jika prestasi inteleknya ingin dipertingkatkan. 

           Taraf sosioekonomi dan tahap pendidikan sesuatu keluarga itu banyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak yang cacat. Umpamanya, seorang bayi yang dilahirkan pekak mungkin cepat dikenal pasti kecacatannya jika ibu bapanya sendiri cepat mengesyaki keadaan ini dan bersungguh-sungguh mencari pakar kanak-kanak untuk mendapatkan pengesahan. Setelah penilaian dibuat, besar kemungkinan sianak itu diberi alat pendengaran dan latihan pertuturan. Ibu bapanya mungkin berminat untuk belajar sendiri supaya mereka dapat memberi latihan kepada anak mereka di rumah. 

             Si anak itu juga mungkin mendapat pengayaan daripada alat-alat permainan dan sumber-sumber pembelajaran yang mudah diperoleh oleh keluarga itu kerana mereka serba berkemampuan. Keadaan yang optimum seperti ini mungkin tidak dinikmati oleh sesetengah keluarga lain yang mungkin menghadapi kesukaran dari segi mendapatkan bantuan perkhidmatan seperti alat pendengaran dan latihan pertuturan ditempat tinggal mereka. Mereka mungkinsibuk dengan tugas-tugas mereka sendiri dan meletakkan anak mereka dibawah jagaan pembantu rumah atau penjaga.   Mereka juga mungkin tidak dapat memberikan rangsangan-rangsangan yang diperlukan untuk mempertingkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran berkomunikasi anak itu. Sesetengah keluarga dapat mengatasi masalah kesibukan mereka dan mendapatkan tempat untuk anak mereka dipusat didikan prasekolah bagi kanak-kanak pekak tetapi kemudahan ini amat terhad dan hanya terdapat dibandar-bandar besar sahaja. 

              Adakalanya, keluarga itu sendiri tidak mampu membeli alat pendengaran untuk anak mereka yang disahkan cacat pendengaran. Para profesional bpleh membantu keluarga ini dengan merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau badan-badan tertentu yang dapat membantu keluarga tersebut memperolehi alat pendengaran yang diperlukan. 

Ubahkan sikap negatif terhadap kanak-kanak cacat 


             Dalam mendidik anak-anak yang cacat, ibu bapa sering berasa hampa kerana tidak mendapat bantuan khidmat dan nasihat yang bernas yang boleh membantu mereka meningkatkan potensi anak-anak mereka. Anggapan bahawa kanak-kanak yang rencat akal, pekak, buta dan spastik tidak boleh dibantu lagi tidak harus diterima kerana pada masa ini, banyak teknik untuk membantu kanak-kanak cacat menguasai kemahiran-kemahiran hidup dan kemahiran-kemahiran praktikal. 

             Kanak -kanak rencat akal berbeza antara satu sama lain dari segi keupayaan pemikiran . Kanak -kanak yang rencat akal sederhana ( mild range of mental handicap ) mungkin boleh dilatih menulis nama dan membuat kira -kira yang mudah . Kebanyakkan mereka boleh menguasai bahasa yang mudah dan ini akan membolehkan mereka berinteraksi dengan orang lain . Ini berbeza pula dengan kanak -kanak yang mengalami rncat akal teruk ( severe mental handicap ) yang mungkin tidak boleh bercakap atau memahami bahasa , tidak boleh menulis atau mengira dan sukar dilatihuntuk membuat sesuatu kerja yang memerlukan banyak pemikiran . Walau bagaimanapun , objektif latihan perlulah disesuaikan dengan tahap pemikirannya serta kekuatan dan kelemahannya . Objektif latihan mestilah realistik supaya ibu bapa tidak merasa hampa jika anak mereka gagal mengikuti latihan tersebut . Tidak ada sebab mengapa kanak -kanak yang mengalami rencat akal yang teruk tidak boleh dilatih untuk melakukan aktiviti - aktiviti harian seperti makan , minum , bersalin pakaian dan memakai kasut dengan sendiri . 

              Seringkali saya dapati kanak -kanak terencat akal dibiarkan begitu sahaja dirumah . Mereka tidak digalakkan untuk mencuba melekukan sendiri aktiviti -akativiti harian : segala -galanya dibuatkan oleh orang lain . Pengalaman di serata dunia menunjukkan bahawa program intervensi awal (early intervention programme ) dapat mempercepat dan meningkat tahap kemahiran asas kanak -kanak cact sehingga mereka boleh berdikari . Umpamanya , seorang kanak -kanak berusia empat tahun yang tidak dilatih akan bergantung sepenuhnya kepada ibu atau pengasuh dalam hal -hal yang berkaitan dengan aktiviti -aktiviti harian seperti makan minum dan bersalin pakaian . 

              Kanak -kanak ini sepatutnya dilatih dan digalak untuk membiasakan diri melakukan aktiviti -aktiviti harian pada peringkat awal lagi supaya dia dapat menguasai kemahiran melakukan aktiviti -aktiviti ini pada usia muda lagi . Kanak -kanak spastik ( celebral palsy ) pula berbeza dari beberapa segi . Ada yang hanya lemah sebelah anggota badan sahaja dan ada pula yang tidak dapat mengerakkan seluruh anggota kaki dan tangan . Sehingga mencapai usia enam tahun , dia hanya mampu bergolek -golek sahaja dantidak boleh duduk dengan sendiri tanpa bantuan kerusi khas . Potensi kanak -kanak yang sedemikian boleh dipertingkatkan dengan bantuan program pemulihan yang sesuai . 

             Kanak -kanak spastik yang daya intelek mereka berfungsi secara normal memerlukan latihan yang berbeza sama sekali dengan latihan yang diperlukan oleh kanak -kanak spastik yang rencat akal . Bagi kanak -kanak ini , tidak ada sebab mengapa mereka tidak dapat terus belajar di sekolah biasa jika mereka dapat bergerak dengan bantuan kerusi roda atau tongkat . Ibu bapa yang mempunyai anak spastik digalakkan melawat pusat -pusat latihan kanak -kanak spastik untuk mempelajari cara -cara kanak -kanak ini dilatih makan , minum , bermain , menaip , duduk dan berdiri menggunakan alat -alat tertentu dan lain -lain lagi . 

              Kanak -kanak buta tidak semestinya terencat akal . Ramai orang yang cacat penglihatan telah mencapai kejayaan dalam bidang pengkhususan mereka . Walaupun seseorang itu buta , tetapi jika daya pendengarannya baik , dia masih boleh terus berkembang dari segi inteleknya seperti kanak -kanak lain . Golongan kanak -kanak cacat yang paling sukar untuk ditingkatkan daya pemikirannya ialah mereka yang tidak boleh melihat dan mendengar . Contohnya , kes congenital rubella yang melibatkan kanak -kanak yang dilahirkan dengan katarak mata dan pekak . 

              Kanak -kanak ini dapat menggunakan tangannya seperti kanak -kanak yang boleh melihat dan juga tidak boleh mendengar percakapan orang lain . Oleh itu, dia tidak boleh bercakap atau memahami bahasa . Walau bagaimanapun , kanak -kanak ini amat bergantung pada belaian kasih ibu bapanya kerana dia boleh merasai pegangan mesra mereka . Penbedahan katarak serata penggunaan cermin mata atau kanta lekap ( contact lens ) dari awal -awal lagi amat penting supaya dia sekurang -kuramgnya dapat melihat sedikit . Tetapi , penggunaan kanta lekap masih menimbulkan beberapa masalah teknikal di samping kos pengendaliannya yang tinggi . 

Pastikan kanak -kanak mempunyai taraf pemakanan yang baik . 

           Tidak dapat dinafikan bahawa pemakanan yang seimbang dan berzat diperlukan oleh setiap kanak -kanak . Saya sering bertemu kanak -kanak spastik yang sukar menelan makanan . Kadang kala , kerosakkan urat saraf yang dialaminya juga boleh menyebabkan kepalanya sentiasa ditengadahkan kebelakang . Ini menyulitkannya sewaktu makan . Adakalanya , keadaan ini berlanjutan bertahun -tahun lamanya kerana ibu bapanya tidak mendapatkan nasihat dari para profesional tentang pentingnya posisi si anak itu diperbetulkan agar dia mudah menghisap dan menelan makanan . Masalah ini menyebabkan kanak -kanak itu menjadi kurus dan sistem daya tahan penyakitnya menjadi lemah . Akibatnya , dia sering diserang penyakit . 

              Kanak -kanak spastik yang mempunyai masalah pemakanan perlu mendapatkan nasihat kaunseling untuk memastikan agar dia mendapat makanan yang cukup dan berzat . Kanak -kanak yang kurang subur mudah mendapat penyakit . Tahap kesihatan yang rendah akan menjejaskan perkambangannya . Saya pernah bertemu seorang kanak -kanak spastik yang sukar menghisap susu . Setiap kali tiba waktu makan , dia dibaringkan dan makanan atau susu dititiskan ke dalam mulutnya . Amalan sebegini tidak akan melatih kanak -kanak itu menghisap , menguyah dan menelan makanan . 

               Bayi yang sudah berusia enam bulan perlukan makanan peralihan kerana susu tidak lagi mencukupi untuk tumbesarannya . Untuk menelan makanan pejal dan lebih keras , dia perlu menghisap , menguyah , menelan dan menghadam dan jika ini tidak dibiasakan , pertumbuhannya mungkin merosot . Doktor anda boleh membantu anda menentukan makanan -makanan tambahan untuk anak yang mempunyai masalah pemakanan . 

               Seperti kanak -kanak lain , kanak cacat juga memerlukan rawatan perubatan dari semasa -ke semasa . Sesetengah kanak -kanak cacat mempunyai masalah -masalah yang lain seperti sawan dan ini perlu dihindarkan seberapa yang boleh dengan ubat tahan sawan . Sawan yang berterusan lebih daripada 30 minit boleh merosakkan otak kanak -kanak tersebut . Kanak -kanak yang mempunyai kerosakan otak lebih mudah mendapat demam sawan . Sawan yang berterusan terlalu lama akan memburukkan keadaan dan membantutkan lagi perkembangan kanak -kanak itu . 

             Maklumat -maklumat dan kaedah -kaedah untuk mempertingkatkan potensi kanak -kanak cacat berkembangan dengan pesatnya dan ibu bapa perlulah mendapatkan nasihat dari para profesional yang arif tentang rawatan dan pemulihan anak mereka .Matlamat latihan adalah untuk memboleh kanak -kanak ini menguasai kemahiran -kemahiran hidup dan berdikasi tanpa memerlukan penjagaan dan perhatian daripada orang lain . Dengan mengenal pastikan kekuatan -kekuatan dan kelemahan - kelemahan mereka , program intervensi boleh dimulakan seberapa segera yang boleh . Pendiagnosan dan intervensi awal perlu dilakukan segera kerana bayi dan kanak -kanak berkembang dan membesar dengan cepat . Program pemulihan yang dimulakan lebih awal adalah lebih berkesan . 


              Perkhidmatan untuk membantu kanak -kanak cacat di negara ini sedang berkembangan pesat dan ibu bapa perlulah mendapatkan maklumat tentang latihan yang diperlukan untuk anak -anak mereka serta bagaimana mendapatkan perkihdmatan tersebut . Peranan ibu bapa dan keluarga sebagai pengasas perkembangan kanak -kanak cacat amat penting sekali . Masa depan kanak -kanak cacat dipengaruhi oleh faktor -faktor seperti kesihatan , tahap pemakanan , pengalaman -pengalaman dan latihan -latihan .

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Khas

Salam Ukhwah... hari ini saya akan berkongsi tentang isu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Khas. Pendidikan Khas merupakan satu bidang yang amat mencabar. Oleh itu, banyak isu-isu yang timbul yang berkaitan dengan pendidikan Khas.

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atauguru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Kadangkala hal sedemikian tidak berlaku dalam Pendidikan Khas. Ada sebilangan guru yang mengambil kesempatan dengan ketidakupayaan murid. Mereka mengambil jalan yang mudah dan mengajar dengan sambil lewa sahaja. Tidak ada persediaan dan beranggapan tidak perlu bersusah payah mengajar kerana mereka pasti tidak cemerlang seperti murid aliran perdana. Tidak perlu tetapkan target kerana mereka sememangnya tidak ada pencapaian. Sikap beginlah menjadikan persepsi guru aliran perdana dan pihak pentadbir semakin berat sebelah .

 Terdapat guru yang melengahkan masa untuk masuk ke dalam kelas, dan ada juga yang masuk tetapi tiada pengisian yang diterima oleh murid tersebut. Pengajaran tidak berlaku  biasanya  guru akan mengambil latihan di dalam buku yang dibeli dan difotostat untuk semua muridnya. Kemudian, murid akan diarah menyiapkan latihan tersebut sementara guru membuka laptop dan melayari internet. Hal ini sememangnya amat tidak patut dilakukan oleh guru walaupun mereka menganggap pengajaran akan menjadi sia - sia kerana murid cepat lupa. Bagi guru yang prihatin, memang akan digunakan latihan di dalam buku namun perlu mempunyai pengisian dan mengajar dahulu murid berkaitan pengajaran tersebut. Betulah jika pihak pentadbir mengatakan murid Pendidikan Khas setiap hari asyik mewarna.

Selain daripada itu, hasil kerja murid tidak dinilai dengan betul. Memberi tugasan kepada hanya sebagai umpan untuk duduk diam sahaja. Murid tidak dibimbing dengan baik dan seperti yang sepatutnya. Guru  Pendidikan Khas sendiri memandang rendah kepada kemampuan muridnya apatah lagi orang lain.

Isu seterunya berkaitan dengan pengawasan dan tanggungjawab guru selepas waktu mengajar mereka. Walaupun bukan tugas guru biasa untuk mengawasi murid selepas waktu mengajar, ia berbeza dengan pendidikan khas. Murid ini perlu diawasi setiap masa namun bukan perlu memegangnya, cuma diperhati dan menegur sekiranya salah. Namun, kebanyakan guru tidak menghiraukan perkara tersebut dan memandang sebelah mata sahaja sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Selalunya tugas ini akan ditolak terus kepada pembantu pengurusan murid dan guru pula duduk rehat dan melayari internet ataupun berborak sesama sendiri. Berbeza pula bagi guru yang prihatin,mereka akan mengiringi muridnya ke kantin dan mengawasi agar tidak berlaku pergaduhan atau menganggu murid lain.

Cadangan Mengatasi

Guru pendidikan khas merupakan individu yang paling penting di dalam kelas pendidikan khas. Sebagai pendidik mereka perlu merancang proses pengajaran mereka dengaan baik. Mereka perlu tingkatkan kemahiran dan memperbaiki mutu proses pengajaran. Guru perlu mewujudkan suasana yang kondusif supaya murid dapat belajar dengan selesa dan kondusif.

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas atau Penyelaras memainkan peranan penting memantau dan memberi teguran serta menasihati guru-guru supaya yang melakukan kesilapan. Mereka perlu diberi kesedaran dan pengetahuan mengenai tugas dan tanggungjawab seorang guru Pendidikan Khas.

Guru yang cemerlang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar. Mereka perlu  menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pengajaran dan pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Guru yang berwawasan mestilah proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.

Juga dicadangkan sekiranya ada guru yang menghadapi masalah dalam proses pengajaran, mereka perlu dibimbing cara melaksanakan pengajaran yang sesuai dengan keupayaan murid Pendidikan Khas. Terutama sekali bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih. Mereka ini juga memerlukan guru pembimbing bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan proses pengajaran.

Selain daripada itu pihak pengurusan boleh mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah rintis sebagai penanda aras untuk memantapkan lagi profesion keguruan. Di samping itu juga digalakkan menghadiri sebarang kursus, bengkel atau seminar yang dianjurkan oleh badan-badan lain termasuk NGO sebagai pemantapan dalam ilmu pengetahuan.

Hubungan Kolaborasi dalam Pendidikan Khas

Holla..!!! Jom kita ketahui hubungan kolaborasi dalam Pendidikan Khas.

DEFINISI KOLABORASI

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), kolaboratif membawa maksud erat dari segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih. Definisi ini merujuk kepada kerjasama ke arah melaksanakan aktiviti kebaikan. Kolaborasi menurut pandangan umum ialah perkembangan dan pengekalan sesuatu yang positif, perhubungan egalitarian  iaitu membawa maksud bahawa semua orang dilayan sama rata  dan dengan itu mestilah mendapat hak dan peluang yang sama, dan saling bekerjasama dalam membantu, menyelesaikan masalah dan perkongsian dalam membuat keputusan melalui perundingan.
            Kanak-kanak keperluan khas memerlukan bantuan daripada pelbagai pihak untuk memberi khidmat sokongan  kepada mereka. Pihak-pihak yang terlibat terdiri daripada ibu bapa, guru, pihak kerajaan, pihak bukan kerajaan, masyarakat dan lain-lain. Mereka ini terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu dan memberi sumbangan kepada kanak-kanak khas.
            Hubungan kolaborasi antara pelbagai pihak dalam pendidikan khas amat penting untuk mengenal pasti kanak-kanak pendidikan khas dan kebajikan mereka dijaga dengan baik. Hal ini kerana kanak-kanak ini sentiasa terpinggir dan kurang mendapat keperihatinan orang ramai disebabkan kekurangan yang mereka miliki. Hubungan kolaborasi ini juga adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak kurang upaya dan sama-sama berganding bahu dalam menyelesaikan masalah tersebut.
            Seterusnya, untuk merangka program pendidikan dan aktiviti untuk murid-murid khas yang mantap dari segi perlaksanaannya hasil gabungan pelbagai pihak dan menjadikan program tersebut berkualiti dari sudut pengisian serta berjaya melahirkan kanak-kanak pendidikan khas yang berpengetahuan. Program yang dirangka turut merangkumi pelbagai aspek yang penting dalam membantu perkembangan pendidikan khas di Malaysia. Dari program ini jugalah kanak-kanak diberikan latihan kemahiran dan kemudahan peralatan dalam pembelajaran mereka.
            Tujuan kolaborasi ini turut untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas, menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid, mengembangkan bakat dan potensi murid, dan menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.
            Akhir sekali, kolaborasi boleh disimpulkan sebagai usaha daripada pelbagai pihak untuk menjaga dan melindungi kepentingan kanak-kanak pendidikan khas. Kanak-kanak ini memerlukan bantuan dan khidmat sokongan dari semua pihak kerana mereka turut layak mendapat layanan dan hak yang sama seperti kanak-kanak normal. Kekurangan yang mereka miliki tidak seharusnya menjadi halangan untuk mereka tidak mendapat perhatian yang seharusnya mereka peroleh.

KOLABORASI ANTARA PELBAGAI PIHAK DAN AGENSI

IBU BAPA

            Daripada beberapa artikel yang saya baca, ibu bapa merupakan insan yang paling penting dalam mendidik anak-anak. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya. Ianya mampu memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak dengan seimbang dari aspek tingkah laku dan afektif.
            Ibu bapa berperanan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak seperti disleksia, hiperaktif dan lain-lain kerana masalah ini dapat dikesan sejak kecil oleh ibu bapa dan ibu bapa harus mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan dan pihak profesional untuk merawat penyakit yang dihadapi. Kemungkinan untuk kanak-kanak ini sembuh adalah amat besar jika mendapat rawatan yang awal.
            Menjaga anak-anak kurang upaya semestinya merupakan cabaran yang besar bagi ibu bapa. Namun, ibu bapa harus tetap menjaga kanak-kanak tersebut dengan baik dan tidak hanya bergantung kepada guru di sekolah semata-mata untuk mendidik anak-anak ini. Ibu bapa harus menjaga pemakanan, kawalan tingkah laku dan emosi anak-anak mereka. Hal ini kerana ia amat penting dalam membantu perkembangan mental dan fizikal yang baik kanak-kanak. Seterusnya, ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama dengan anak-anak bekeperluan khas ini. Mereka memerlukan lebih perhatian dan bimbingan yang berterusan supaya menjalani kehidupan yang kebih bermakna.
            Daripada artikel yang saya peroleh dari blog Laman E-Ilmu, ibu bapa digalakkan untuk melibatkan diri dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dengan masalah anak contohnya, Persatuan Syndrome Down, NASOM dan lain-lain lagi. Dengan ini ibu bapa dapat berbincang dengan ibu bapa lain yang mempunyai masalah yang sama ditanggung sama ada masalah dari segi kesihatan, cara pengurusan anak-anak, perkembangan dan pendidikan anak-anak. Ia mampu memberi idea baru dalam mendidik anak-anak berkeperluan khas ini.

 GURU
            Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) guru merupakan orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan juga pengasuh. Guru berperanan sebagai pendidik kedua selepas ibu bapa dan bertanggungjawab untuk mengajar kanak-kanak serta amat memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri pelajar jika pembelajaran yang diajar berkesan.
            Pertama, guru pendidikan khas harus menggunakan kaedah yang berlainan untuk mengajar kanak-kanak khas kerana mereka mempunyai tahap pemikiran yang lebih rendah berbanding kanak-kanak biasa. Kanak-kanak ini memerlukan alat bantu mengajar untuk menarik minat mereka untuk belajar dan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, menggunakan pendekatan melalui muzik dan gambar.
            Daripada artikel yang saya baca dalam Utusan Malaysia 2011 secara atas talian, guru pendidikan khas harus menggunakan pendekatan kreatif dan kritis serta kaedah pengajaran yang tersendiri kerana kanak-kanak istimewa memerlukan suasana pembelajaran yang menarik untuk belajar supaya tidak mudah jemu dan bertindak di luar kawalan. Guru Pendidikan Khas juga perlu sentiasa mencatat perkembangan anak-anak murid dari semasa ke semasa supaya peningkatan yang berlaku dalam pembelajaran mereka dapat dikongsi bersama-sama ibu bapa dan menunjukkan keberkesanan guru itu dalam pengajarannya.
            Oleh itu, guru sebagai pembimbing kepada murid-murid harus mempunyai ciri-ciri guru yang baik seperti penyayang, cekap dalam melakukan tugas, sabar, prihatin, dan bertanggungjawab untuk melahirkan guru mesra OKU. Walaupun menjadi guru Pendidikan Khas amat mencabar dari segi fizikal dan menta,l namun dengan kejayaan murid-murid walaupun hanya sekadar mengurus diri sendiri merupakan kejayaan terbesar dan tidak ternilai buat guru itu. Dengan berkat kesabaran guru dalam mendidik, murid-murid ini telah berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh guru tersebut.

SEKOLAH

            Sekolah merupakan insititusi pengajian untuk pelajar-pelajar menimba ilmu. Pelbagai program Pendidikan Khas yang telah disediakan untuk kanak-kanak khas iaitu yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran dan masalah pembelajaran dengan mewujudkan sekolah khas, program Pendidikan Khas integriti dan program Pendidikan Khas dengan pendekatan insklusif.
            Pihak sekolah memainkan peranan yang amat penting untuk melahirkan kanak-kanak khas yang mampu berdikari dan menguruskan diri sendiri. Dengan itu, pihak sekolah perlu menyediakan tempat belajar atau bilik khas untuk kanak-kanak Pendidikan Khas. Mereka memerlukan suasana yang menarik untuk belajar yang lengkap dengan peralatan-peralatan atau alat bantu mengajar untuk kanak-kanak ini belajar. Pihak sekolah turut perlu menyediakan dana dan sistem kewangan untuk murid-murid khas supaya segala keperluan mereka di sekolah dapat dipenuhi.
            Daripada beberapa artikel yang saya baca dalam internet, pihak sekolah juga perlu sentiasa mengadakan rundingan dan perbincangan bersama-sama ibu bapa mengenai anak-anak mereka serta bersama-sama mencari jalan untuk meningkatkan tahap pembelajaran kanak-kanak istimewa ini. Kemudahan-kemudahan turut perlu disediakan oleh pihak sekolah seperti pusat sumber yang menyediakan buku bacaan bergambar, kad dan alat permainan, taman permainan dan kemudahan-kemudahan lain untuk menambah minat mereka untuk datang ke sekolah.
            Seterusnya, sokongan dan dorongan daripada pihak sekolah amat diperlukan untuk menyokong kanak-kanak khas. Dengan bantuan daripada pelbagai pihak, nescaya pihak sekolah mampu mewujudkan sebuah sekolah pendidikan khas yang kondusif.

PAKAR PERUBATAN
            Pakar perubatan turut memberikan sumbangan dan berkolaborasi untuk memberi khidmat sokongan dan bantuan kepada kanak-kanak khas. Pakar perubatan seperti doktor memainkan peranan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak khas serta mengesan punca kecacatan. Dengan ini, kecacatan yang dihadapi mungkin boleh dipulihkan dan mendapatkan rawatan yang susulan untuk kesembuhan. Walaupun kesembuhannya bukan untuk keseluruhan menjadi seperti kanak-kanak biasa namun ia mampu mengurangkan penderitaan yang dihadapi oleh kanak-kanak khas ini.
            Menurut artikel yang saya baca, doktor pakar kanak-kanak atau doktor spiktatri sahaja yang layak untuk membuat ujian penempatan untuk kanak-kanak khas terutama untuk kanak-kanak lembam. Doktor memerlukan jangka masa yang agak lama (antara dua minggu ke sebulan) untuk mengesahkan kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak selain beberapa siri terapi dan tahap kematangan pemikirannya akan diukur. Dengan kelulusan daripada doktor akan menentukan kanak-kanak tersebut harus dimasukkan ke kelas Pendidikan Khas atau tidak.
            Selain itu, terdapat juga pakar perubatan prediatrik yang berperanan untuk mengenal pasti masalah yang berpunca daripada genetik, kewarisan, prenatal dan postnatal. Doktor neurologi pula melakukan diagnostik dan mengubati penyakit seperti kecacatan otak, hiperaktif dan memberi ubat "Ritalin" untuk mengawal keaktifan. Pakar perubatan audiologi mengesan fungsi pendengaran dan oftomologi menaksir penglihatan pelajar.
            Dengan itu, pakar perubatan amat penting untuk mengesahkan masalah yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas dengan lebih terperinci.

KEMENTERIAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

            Kementerian Kebajikan ditubuhkan dalam tahun 1946. Ia merupakan salah sebuah agensi kerajaan yang memainkan peranan dalam pembangunan sosial. Ia ditubuhkan untuk membantu dan menjaga kebajikan masyarakat supaya tidak tersisih dalam usaha untuk membangun masyarakat ke arah kesejahteraan.
            Daripada portal rasmi Kementerian Kebajikan Masyarakat yang saya kunjungi, mereka telah melakukan pelbagai inisiatif untuk membantu orang kurang upaya (OKU) dalam bidang advokasi, aksesibiliti, kesihatan, pemulihan, pendidikan, pekerjaan, keselamatan diri dan perlindungan sosial, perkhidmatan sokongan, kewangan dan lain-lain. Kesemua usaha yang dilakukan untuk orang kurang upaya adalah untuk memastikan kebajikan mereka terjaga dari semua aspek kehidupan.
             Untuk kanak-kanak pendidikan khas pula, kementerian ini mengutamakan kepentingan terbaik dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU.

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Menurut laman web rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, mereka menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah cacat fizikal teruk, rencatan akal sederhana dan teruk, pelbagai kecacatan dan kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Kebajikan Masyarakat bersama-sama menjaga kebajikan kanak-kanak khas.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
      
      Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan pelbagai program pendidikan untuk kanak-kanak khas di Malaysia supaya mendapatkan pendidikan seperti kanak-kanak biasa. Terdapat tiga kategori utama program pendidikan khas iaitu, program Pendidikan Khas Masalah Pendengaran, program Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dan program Pendidikan Khas Integrasi.
Menurut sumber yang saya peroleh daripada internet, KPM telah melaksanakan pendidikan khas melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Manakala program pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas masalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Program tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Program pendidikan khas yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melibatkan pendidikan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan peringkat menengah menyediakan dua jenis aliran iaitu akademik dan teknik atau vokasional. Manakala tempoh pengajian bagi murid-murid berkeperluan khas sekolah rendah selama enam tahun, sementara bagi sekolah menengah selama lima tahun. Namun demikian, tempoh tersebut boleh dilanjutkan sehingga maksimum dua tahun mengikut keperluan murid-murid berkenaan.
Segala usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk menjaga kepentingan kanak-kanak istimewa ini. Mereka telah memainkan peranan yang maksimum untuk mempertahankan kanak-kanak istimewa supaya mendapat kemudahan pendidikan yang mencukupi. Hal ini membuktikan bahawa kanak-kanak istimewa turut boleh mengikuti pembelajaran seperti kanak-kanak normal walaupun mereka kelainan upaya.

BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

            Khidmat sokongan dalam Pendidikan Khas turut melibatkan badan-badan bukan kerajaan yang terdiri daripada organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawan yang bersama-sama membantu membela nasib orang-orang kurang upaya. Tujuan persatuan organisasi dan badan-badan sukarelawan ini ditubuhkan untuk memberi semangat dan sokongan dari segi fizikal dan mental untuk orang-orang kurang upaya supaya bersemangat untuk hidup kerana mereka turut diperlukan dalam membangunkan negara ini agar lebih maju.
            Daripada persatuan-persatuan yang ditubuhkan menunjukkan kesedaran orang ramai terhadap kanak-kanak istimewa dan pelbagai aktiviti telah dirancang serta dilaksanakan untuk mereka. Berdasarkan kajian yang saya buat, terdapat banyak persatuan yang ditubuhkan di Malaysia untuk membantu warga kurang upaya antaranya Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), TATPUTRA PERKIM, Cleft Lip and Pelate Association of Malaysia, Yayasan Sindrom Down Kiwanis, Persatuan Orang Buta Malaysia, Persatuan Kanak-Kanak Spastik (Spastic Children`s Association) dan banyak lagi.
            Setiap persatuan-persatuan ini memainkan peranan yang tersendiri antaranya adalah Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) yang mengesan dan menjalankan rawatan, pembelajaran dan penerimaan kanak-kanak autisme. NASOM juga memberi nasihat dan bantuan kepada keluarga kanak-kanak autisme serta memberi penerangan kepda ibu bapa, para profesional dan orang ramai. Selain itu, TASPUTRA PERKIM yang berperanan memberi asuhan-asuhan kepada kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak cacat anggota dan mental. Mereka diberi latihan kekuatan mental dan fizikal. Seterusnya, Persatuan Kanak-Kanak Spastik yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara 2 hingga 6 tahun. Yayasan Sindrom Down Kiwanis pula membantu murid-murid sindrom down mendapat pelajaran serta latihan kemahiran hidup sebelum dihantar ke sekolah khas kerajaan.
            Pada pendapat saya, semua badan-badan bukan kerajaan ini menjadi tulang belakang kepada pihak kerajaan untuk memberi khidmat sokongan kepada orang-orang kurang upaya. Dengan kewujudan badan-badan ini, struktur organisasi dan kebajikan Pendidikan Khas serta orang-orang kurang upaya lebih terjamin.

KOMUNITI
            Komuniti seperti masyarakat setempat dan media massa turut tidak terlepas menjadi salah sebuah organisasi yang membantu dalam memberi khidmat sokongan kepada kanak-kanak pendidikan khas. Masyarakat setempat berperanan untuk menyokong segala usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan supaya segala program yang dijalankan berjalan dengan lancar. Masyarakat juga perlu mengambil berat mengenai kanak-kanak kurang upaya dengan tidak menghina atau mencerca kekurangan yang dimiliki oleh kanak-kanak ini. Hal ini mampu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan aman. Selain itu, masyarakat digalakkan untuk menyertai persatuan-persatuan sebagai tanda sokongan dan sekaligus menunjukkan keprihatinan terhadap golongan kurang upaya.
            Media massa pula turut memainkan peranan dalam membantu Pendidikan Khas. Daripada keratan-keratan akhbar dan kaca televisyen memperlihatkan usaha media massa untuk menyebarkan maklumat dan segala hal yang berkaitan dengan golongan kurang upaya ini dari sudut bantuan yang diberikan dan keperihatinan daripada pihak yang berkuasa. Setiap mesej yang disampaikan akan diterima oleh orang ramai dengan cepat dan tepat kerana kini media massa merupakan salah satu Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang amat berleluasa penggunaannya.

KESIMPULAN
            Kesimpulannya, kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan memerlukan perhatian dan penjagaan yang khusus. Mereka memerlukan kasih sayang, perhatian, dan belaian daripada orang sekeliling. Hal ini memerlukan kesabaran yang tinggi sehingga boleh menjadikan orang sekeliling sebagai pemberi semangat untuk kanak-kanak ini untuk terus bertahan hidup.

Dengan itu, kolaborasi daripada pelbagai pihak dan agensi memberikan impak yang sangat positif kepada kanak-kanak berkeperluan khas terutama dari segi pendidikan dan kebajikan mereka. Bidang pendidikan amat penting dalam kehidupan setiap manusia tidak kira kanak-kanak khas ataupun kanak-kanak normal. Pendidikan adalah hak semua, tidak kira untuk siapa, di mana dan bagaimana ia dikendalikan. Mengikut The Nasional Coalition of Educational Equality Advocates, semua orang harus diberikan peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti tinggi tanpa mengira warna kulit, agama, jantina, umur, kecacatan, tempat asal atau kelas sosial. Kebajikan mereka pula perlu sentiasa dijaga supaya mereka berpeluang mendapatkan segala kemudahan yang diberikan seperti kanak-kanak biasa dan tidak ketinggalan. Pelbagai masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak khas dapat dikurangkan sekiranya wujud kerjasama daripada pelbagai pihak. Khidmat sokongan ini membantu dalam ibu bapa dan guru khas dalam mewujudkan suasana pengajaran proaktif.     

Monday, September 22, 2014

Kategori Kanak-Kanak Pendidikan Khas

Assalamualaikum...untuk pengetahuan semua pembaca, kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa ini terdiri daripada banyak kategori. Tidak semua manusia dilahirkan dengan sempurna.. Setiap individu itu mempunyai banyak kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kita perlu belajar untuk menghargai orang lain agar hidup kita lebih berguna.... (^_^)
AUTISME

      SEJARAH

Victor “Wild Boy of Aveyron” (1799) ditangkap di dalam hutan di selatan Perancis dan dibawa ke Paris untuk ditempatkan di institusi orang pekak. Jean Marc Garpard Hard telah menerima dan cuba mengajar Victor dengan menyediakan ABM yang khas. Dalam pemerhatian Hard, Victor memperlihatkan beberapa cirri-ciri yang abnormal. Antaranya ialah seperti tidak bercakap, menghayun badan ke hadapan dan ke belakang, tidak menunjukkan perasaan bergatung kepada sesiapa dan tidak menunjukkan perhatian kepada sesuatu. Selain itu, ia juga tidak memandang objek atau orang, tiada reaksi walaupun dilepaskan tembakan dibelakang kepala, tetapi memberi reaksi bila mendengar  bunyi kulit kacang yang dilepaskan dengan perlahan. Di samping itu, ia juga tidak suka bermain dengan alat permainan tetapi suka berain dengan air dan menunjukkan reaksi sentuh kain, tangan dan muka yang mereka yang dikenali.

Sebelum Leo Kanner menjelaskan keadaan gangguan autisma pada tahun 1943, kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri autisma infatil dianggap mengalami psikosis yang bermula dalam usia yang muda. Ada yang gangguan ini dianggap sebagai sejenis gangguan skizofrenia. Oleh sebab ganguan skizofrenia memerlukan cirri-ciri gangguan fikiran dan setelah di sedari bahawa kanak-kanak belum boleh bercakap dan perkembangan kognitifnya masih dalam fasa awal lagi, maka gangguan ini tidak mungkin ada pada persamaan dengan gangguan skizofrenia. Satu daripada ciri yang penting dalam skizofrenia adalah seperti mendengar suara ghaib, tidak mungkin akan dialami oleh kanak-kanak yang belum boleh bertutur. Ekoran itu, Leo Kanner mengkategorikan gangguan yang dialami oleh kanak-kanak ini sebagai gangguan autisme infatil.

Walau bagaimanapun, Kasper Hauser dilahirkan 1828 tiba di Nurenberg dengan membawa surat untuk memohon kepada ketua askar untuk berkhidmat kepada raja. Beliau mengucapkan “I want to be a horseman like my father was” dan mengulangnya berkali-kali dan  cirri-ciri ini merupakan autisme. Ciri-ciri sikap Kasper yang lain ialah cakap berulang, tidak faham apa yang dicakapkan kepadanya, sukakan bilik gelap dan alat permainan, berupaya menurut perintah, minat menulis dan melukis serta daya ingatan yang tinggi.

Selain itu, bagi Eugen Bleuler (1919) ialah orang yang pertama menggunakan perkataan autisme. Ini merujuk kepada kurang atau tidak ada perhubungan dengan orang lain dan dunia luar.

DEFINISI AUTISME

Menurut Thevarthen Aitken, Papoudi dan Robert (1998) perkataan autisme merupakan gabungan  dua huruf  Greek iaitu ‘aut’ yang bermakna diri dan ‘ism’ yang membawa makna orientasi atau keadaan. Oleh itu, autisme boleh didefinisikan sebagai kedaan seseorang yang tidak biasa dengan dirinya.

Autisme berasal daripada perkataan Yunani bermaksud ‘autos’ atau tiada keupayaan dan tidak boleh berinteraksi sosial. Autisme, autisma dan autistik adalah perkataan yang digunakan bagi menerangkan tentang sejenis penyakit dimana pesakitnya tidak sedar akan keadaan persekitarannya dan berada seolah-olah seperti di dalam dunianya.

Autisme adalah ketidakmampuan yang mungkin di derita seumur hidup oleh seseorang yang menyebabkan ia tidak dapat mengerti tepat apayang mereka lihat, dengar dan juga melalui indra mereka. Ini mengakibatkan masalah yang cukup berat pada hubungan sosial, komunikasi dan perilaku.

Nama-nama yang lain yang diberikan untuk menjelaskan autisme bagi kanak-kanak adalah autisme infatil, psikosi infatil, autisme kanak-kanak, psiko simbiotik, skizofrenia kanak-kanak dan sindrom skizofrenia kanak-kan

CIRI-CIRI FIZIKAL

Sekarang ini sering mendengar tentang autisme, yang banyak terjadi kepada anak-anak. Ini disebabkan ibu bapa lebih peka da mengambil berat akan pekembangan anak-anak. Perkembangan yang bermula dari kelahiran sehingga pra sekolah. Ibu bapa kini amat sensitif jika anak-anak mereka tidak seperti kanak-kanak lain.
Autisme adalah gangguan kognitif atau gangguan sukar untuk  gangguan tingkah laku sosial dan sukar untuk berbicara. Data statistk menyatakan, 50% terdapat gejala gangguan mental retardasi.
Di Amerika syarikat, seorang anak dinyatakan kanak-kanak autisme setelah berusia enam tahun setelah mengalami pemeriksaan yang rapi. Manakala, di Indonesia, menjelang dua tahun ibu bapa telah mengandaikan anak mereka sebagai kanak-kanak autisme disebabkan tidak boleh berbicara dan terdapat cirri-ciri kanak-kanak autisme. Kemudian, pemeriksaan oleh pakar juga akan dilakukan.
Sehingga kini, para ahli belum dapat memberi keputusan yang tepat penyebabnya. Tetapi, dari penelitian kanak-kanak autisma ini mempunyai kelainan pada otak yang disebabkan gangguan perkembangan pada saat kehamilan dan gangguan hati yang menimbulkan gangguan saraf dan jiwa.
Dengan itu, ciri-ciri yang ada boleh kita perhatikan dapat membantu kita mengesan lebih awal untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada kanak-kanak ini. Antaranya ialah berlaku sebelum berumur dua puluh dua tahun, berlaku berkekalan, sukar berhubung secara bermasyarakat, sukar berkomunikasi dan sukar menerima perubahan dari kebiasaan. Selain itu, ia juga sukar memberhentikan dari perlakuan yang berulang, gemar menyendiri, tidak mengendahkan keadaan sekeliling dan suka hidup bersendirian. Di samping itu, ia juga berkecenderungan kepada objek yang bergerak, serang yang pendiam, sangat menyayangi sesuatu objek yang disukai dan sangat susah untuk mengubah sesuatu yang telah dilakukannya setiap hari.

MASALAH KESIHATAN

Dalam Seminar bertajuk Autisma dan Penanganannya beberapa waktu lalu, Dr Melly Budhiman (Ketua Yayasan Autisma Indonesia) menghuraikan autisma sebagai gangguan perkembagan yang luas dan berat. Gangguan perkembangan tersebut mencakupi bidang kounikasi, interaksi dan perilaku. Gejala ini timbul sebelum anak mencapai usia tiga tahun. Pada sebahagian anak, gejala tersebut sudah nampak sejak lahir.

Penyebabya, gangguan pada perkembangan susunan saraf pusat yang mengakibatkan fungsi otak terganggu. Autisma biasa terjadi pada sesiapa sahaja. Perbandingan antara lelaki dan perempuan adalah tiga nisbah satu. Seseorang ibu yang sentiasa peka memantau perkembangan anaknya akan mudah melihat beberapa keganjilan sebelum anak itu mencapai usia satu tahun. Perkara yang paling menonjol adalah sangat kurangnya kontak mata.

Sebahagian kecil pesakit autisma sempat berkembang normal. Namun, sebelum mencapai usia tiga tahun, perkembangannya terhenti. Kemudian mulai nampak gejala-gejala autisme. Biasanya gejala-gejala tersebut kian jelas setelah anak mencapai usia tiga tahun.

Namun begitu, terdapat beberapa gejala yang boleh berlakunya autisma ini. Antara gejala-gejala tersebut ialah terjadinya gangguan komunikasi verbal mahupun non-verbal seperti terlambat berbicara, meracau, sering meniru, sering menarik tangan orang yang berdekatan agar melakukan sesuatu untuknya. Selain itu, terjadinya gangguan interaksi sosial seperti menghindari tatapan mata orang lain, lebih asyik bermain sendiri, dan menolak bila dipeluk.

Di samping itu, berlaku juga gangguan pada perilaku yang berlebihan, misalnya tidak boleh diam dan mengulang-ulang gerakan tertentu.atau gangguan perilaku kekurangan, misalnya diam dengan tatapan mata kosong atau bermain sambil menonton. Malah, terjadinya gangguan emosi iaitu tidak ada atau kurangnya empati, tertawa-tawa, menangis atau marah-marah sendiri dan sering memgamuk. Selain itu, terjadi juga gangguan persepsi sensoris seperti suka mencium-cium atau menjilat-jilat benda apa saja, sukar untuk mendengar suara keras, dan tidak boleh diraba.
Untuk mendiagnosis autisme infatil, menurut Melly, tidak memerlukan pemeriksaan canggih seperti CT-scan. Diagnosis ditegakkan berdasarkan gejala klinis yang tampak, yang menunjukkan penyimpangan.

Dalam pada itu, mereka yang sedemikian hanya berminat tentang diri mereka sendiri dan sangat menarik diri dari kenyataan. Pada anak-anak ini, kelainan perilaku ini terlihat dari ketidakmampuan anak tersebut berhubungan dengan orang lain. Seolah-olah mereka hidup dalam dunianya sendiri dan menggunakan bahasa atau ungkapan yang difahami oleh mereka.

Namun begitu,mereka menunjukkanciri-ciri seperti perkembangan terlambat, terutama dalam perlakuan dasar hidup bermasyarkat. Mereka juga yang mengalami masalah ini suka bermain sendirian atau tidak mahu berkumpul dengan anggota keluarga atau orang lain. Malah, mereka juga lesu dan tidak pedulikan orang lain yang cuba untuk berkomunikasi dengannya.

Selain itu, mereka ini sedikit atau tidak mempunyai kontak mata. Di samping itu, mereka mengerjakan sesuatu tanpa berfikir panjang dan berperangai buruk jika dilarang akan membangkitkan kemarahan. Pada umumnya pertumbuhan jiwa terkebelakang seperti orang yang cacat mental. Dari beberapa segi pula, anak tersebut mempunyai kelebihan tertentu dan sangat pandai misalnya dalam menggambar, matematik, muzik atau melukis.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Punca gangguan autisma ini masih belum di fahami begitu mendalam. Oleh itu, bentuk rawatan untuk kanak-kanak autisma belum ada lagi yang boleh dikatakan memberi kesan. Hanya yang boleh diubah setakat ini ialah tingkahlaku sahaja mengikut terapi tingkahlaku yang sedia ada. Ini bertujuan menggalakkan perkembangan yang sihat dan seberapa normal yang boleh mengikut keperluan setiap kanak-kanak autisma.

Yang paling penting sekarang adalah membuat diagnosis dengan teliti dan tepat bagi mengesahkan  sama ada kanak-kanak ini mengalami autisma atau tidak. Setelah pasti, barulah diberitahu kepada ibu bapanya. Ini kerana rawatan awal perlu diberikan seawal yang mungkin supaya latihan dan didikan untuk membolehkan kanakkanak ini menggunakan dan memahami bahasa dapat dilaksanakan sebelum berumur lims tahun. Oleh itu, rawatan dalam bentuk pendidikan awal dan terapi tingkahlaku amat penting bagi kanak-kanak ini.

Segala didikan perlu diberi sedikit tetapi berulang-ulang. Rawatan perlu dibuat bersama ahli lain, seperti jurupilih tatacara, guru-guru dan ibu bapa. Rawatan didapati lebih berkesan sekiranya dilakukan dirumah sendiri atau di sekolah khas yang berdekatan dengan rumah kediamannya serta sekumpulan murid autisma lain, tetapi tidak melebihi empat atau lima orang murid dalam setiap kumpulan. Dari segi komunikasi pula, kanak-kanak ini perlu diberi peluang bergaul dengan kanak-kanak normal apabila keadaan mereka lebih baik. Kanak-kanak ini tidak digalakkan duduk disekolah berasrama kerana dikuatiri akan lebih memburukkan keadaan mereka, yang boleh menyebabkan interaksi bersama-sama ahli keluarga mereka akan terjejas.

Manakala dari segi rawatan pula, terdapat dua jenis rawatan menerima sokongan emperikal adalah modifikasi tingkahlaku atau Applied Behavior Analysis (ABA) dan penggunaan vitamin B6 dengan tambahan magnesium. Modifikasi tingkahlaku merangkumi pelbagai strategi tingkahlaku seperti peneguhan positif dan time outy, untuk menigkatkan tingkahlaku yang bersesuaian seperti komunikasi dan tingkahlaku yang tidak bersesuaian seperti tingkahlaku mencederakan diri. Lebih kurang 45% daripada kanak-kanak autisma dapat meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian setelah mengambil vitamin B6 dengan magnesium. Terdapat juga beberapa zat makanan pelengkap dan Di- Methy-Iglycine (DMG). DMG banyak membantu kearah tingkahlaku yang baik dan terdapat banyak laporan anekdot untuk menggalakan kemahiran komunikasi.

Selain itu, ada juga ubat-ubatan seperti Haloperidol untuk mengawal tingkah laku yang tidak diingini boleh diberi tetapi sekiranya kanak-kanak autisma ini terlalu lasak (hiperaktif) sehingga menganggu tidurnya. Dari segi peranan ahli keluarga, mereka juga perlu memberi bantuan agar kanak-kanak ini tidak terabai. Mereka boleh mengikuti pertubuhan seperti NASOM (Nasional Autistic Society of Malaysia) untuk membantu keperluan kanak-kanak autisma dan keperluan keluarga boleh ditubuhkan. Kebanyakkan ibu bapa akan mendapat manfaat setelah menjadi ahli dalam pertubuhan ini.

          CEREBRAL PALSY
SEJARAH

Cerebral Palsy ialah perkataan yang menerangkan berkenaan golongan kurang upaya yang menghalang dan menghadkanpergerakan psikomotor seseorang individu itu. Setakat ini tidak terdapat satu sebab yang spesifik kenapa berlakunya Cerebral Palsy. Walaubagaimanapun ia bolehlah dikaitkan dengan kerosakan otak sebelum, semasa atau selepas kelahiran seseorang kanak-kanak itu. Pihak perubatan bertanggungjawab untuk memastikan ibu mengandung memperolehi penjagaan yang betul semasa mengandung, proses kelahiran dan selepas melahirkan anak.

Kekurangan oksigen ke otak atau trauma semasa proses kelahiran akan menyebabkan berlakunya Cerebral Palsy. Bayi yang tidak mendapat cukup oksigen akan menyebabkan kerosakan di otak. Bayi yang mengalami kerosakan otak ketika usia mencapai enam bulan, biasanya mengalami perkembangan yang lambat.


DEFINISI

Cerebral Palsy (lebih dikenali sebagai Spastik) ialah satu keadaan yang berpunca daripada kecacatan otak. Menurut kajian seorang sukarelawan JOVC, Encik Yasuko Kunimori yang berkhidmat di bawah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Sandakan Sabah, dalam bukunya yang bertajuk “Satu Projek Klasifikasi Kecacatan” mengatakan Cerebral bermaksud otak, Palsy pula bermaksud kurang atau tidak berupaya mengawal pergerakan otot-otot.

Chua Tee Tee dan rakannya Koh Koh Boon di dalam buku bertajuk, “Pendidikan Khas dan Pemulihan” mengatakan Cerebral Palsy bermaksud kelumpuhan akal yang menganggu pergerakan tubuh. Dari sumber yang diperolehi daripada Unit Pemulihan Carakerja Hospital Melaka, Cerebral Palsy adalah gangguan pergerakan, posture, dan sebagainya yang disebabkan kerosakan atau kegagalan perkembangan normal dalam otak.

Deborah Deutsch Smith dan Ruth Luckasson menulis di dalam “Introduction To Special Education: Teaching In An Age Of Challenge”, the term Cerebral Palsy literally means muscle paralysis whose cause is in the brain. Exceptional Learners- Introduction to Special Education, Daniell P. Hallahan dan James M. Kauffman, 1978 menulis Cerebral Palsy is not a disease. It is rather condition that is nonprogressive and noninfectious…

Berasaskan kepada sumber-sumber tersebut, maka Cerebral Palsy didefinisikan sebagai satu pergerakan anggota badan yang tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh kerana terdapat gangguan, kecederaan atau kelumpuhan di dalam otak.


CIRI-CIRI FIZIKAL

Kanak-kanak ini mempunyai otot-otot yang tegang dan kecut. Gerakan tersentak-sentak dan kurang berkoordinasi serta mungkin tidak dapat mengenggam benda dengan jari. Sekiranya cuba mengawal pergerakan, pergerakan itu akan bertambah tersentak-sentak. Semasa cuba mengambil sesuatu benda, tangan mungkin melambai-lambai, muka kerenyot dan lidah yang terjulur.

Mereka mungkin tidak dapat mengawal otot-otot bibir, lidah dan kerongkong menyebabkan air liur meleleh. Gerakan mereka adalah tidak stabil dan mereka seolah-olahcuba menstabilkan badan. Semasa berjalan mereka tersandung-sandung dengan gaya berjalan semacam gunting, berdiri atas jari kaki dengan lutut yang bengkok dan menuju bahagian dalam.

Kanak-kanak Cerebral Palsy tidak boleh mengeluarkan suara, iaitu mereka tidak boleh memanggil ibu bapanya atau mengeluarkan “babling sound”. Mereka juga tidak memahami apa yang dikatakan kepadanya. Selain itu mreka hanya akan bertindak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi. Dari segi masalah penglihatan, kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan.

CIRI-CIRI KSIHATAN

Kanak-kanak ini akan menngalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini sering menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta mengigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan sukar untuk dikeluarkan semula.
Mereka juga mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang, dan bising. Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.

Kanak-kanak Cerebral Palsy mungkin akan mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya.

Pergerakan psikomotor adalah terbatas, mereka tidak boleh berjalan atau duduk sendiri atau menggunakan tangan sendiri. Ada yang boleh belajar berjalantetapi ramai yang menggunakan kerusi roda, braces atau peralatan lain. Sesetengah mengalami masalah menyuap makanan, menghisap atau menelan. Mereka bergantung kepada orang lain untuk makan atau ke tanda

JENIS-JENIS CEREBRAL PALSY


  • Spastik

Kecacatan ini disebabkan pada bahagian korteks motor yang boleh mengakibatkan kehilangan kawalan terhadap otot-otot yang boleh dikawal (voluntary muscle). Menyebabkan koordinasi pergerkan menjadi susah, di mana stimulasi menyebabkan ketegangan otot-otot. Ini seterusnya akan mengakibatkan getaran dan ketidakseimbangan yang menghalang pergerakan yang sempurna dan lancar. Kumpulan ini merupakan kumpulan yang terbesar di kalangan kanak-kanak yang menghidap Cerebral Palsy atau kelumpuhan otak.


  • Atetosis

Kerosakan berlaku pada bahagian “basal ganglion”. Atetosis dicirikan oleh pergerakan “writhing” yang perlahan dan tidak boleh dikawal. Bahagian bahu, muka, kaki, tangan dan lengan menjadi sasaran utama. Sering kali juga ia melibatkan otot-otot tekak dan diapnram yang menyebabkan pertuturan menjadi payah dan tidak jelas. Mereka juga mengalami masalah mengawal pengluaran air liur.


  • Ataksia

Kerosakan pada bahagian serebelum otak. Ini menyebabkan kesulitan mengawal imbangan badan yang boleh dikesan dari perawakan dan pergerakan seseorang spastik. Pergerakan  adalah kekok dan teragak-agak, pertuturan kurang jelas dan juga didapati ia sentiasa meliuk-likkan badannya. Pendengarannya juga turut terjejas.


LANGKAH-LANGKAH PEMULIHAN:


  • Rawatan Pemulihan Anggota (fisioterapi)

Memberi latihan kepada kanak-kanak spastik menggunakan anggota, terutama kaki dan tangan dengan bantuan alatan seperti ‘kaliper angkup’, ‘walking aid’, asut khas, kerusi perawakan (posture chairs), ‘standing boxes’ dan ‘crawlers’. Latihan yang diberikan, kanak-kanak spastik dapat mengurangkan perawakan dan pergerakan yang kuang normal dan dapat mencegah sendi-sendi dan otot-otot dari mengejang disebabkan oleh kekurangan penggunaan.


  •  Rawatan Pemulihan Pertuturan

Seseorang kanak-kanak spastik cacat pertuturan disebabkan oleh dua perkara iaitu pertama kerosakan fungsi saraf otot pada bahagian otot pertuturan, pendengaran dan pernafasan. Kedua kekurangan pengalaman akibat dari kekurangan peluang untuk berinteraksi yang disebabkan oleh kecacatan fizikal, walaupun pada asalnya otot-otot pertuturan diberikan untuk mengembangkan keupayaan untuk berkomunikasi sama ada secara lisan, isyarat ataupun bertulis.


  • Rawatan Pemulihan Cara Kerja 

Memperkembangkan pola pergerakan asas kepada kemahiran motor dan sosial bagi membolehkan kanak-kanak berdikari dari segi fungsi mental, fizikal dan psikologi. Termasuklah kebolehan memegang dan menggunakan sesuatu barang, perkembangan kordinasi mata dan tangan, perkembangan fungsi sensori dan persepsi. Latihan berupa mencapai, memegang dan melepaskan sesuatu barang, latihan menggunakan jejari bagi membolehkan kegunan jejari untuk makan, menulis dan sebagainya dengan bantuan alatan seerti ‘hand splint’, sudu khas dan seumpamanya.

Latihan persepsi diberikan dengan mendedahkan kanak-kanak kepada seberapa banyak pengalaman seperti sensori dan dilatih membentuk konsep yang bersesuaian berkenaan diri sendiri dan juga keadaan sekelilingnya. Umpamanya tentang warna, bentuk, saiz dan rasa. Dalam memperolehi kemahiran sosial, kanak-kanak dilatih melakukan aktiviti-aktiviti seharian.

Contohnya aktiviti penjagaan diri sendiri seperti makan, memakai pakaian dan latihan ke tandas. Aktiviti kehidupan seperti memasak, mengemas, aktiviti-aktivit rekreasi dan hobi. Aktiviti vokasional seperti pertukangan kayu, menjahit dan aktiviti pertanian.

DISLEKSIA 
DEFINISI

Perkataan Disleksia (dyslexia) adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu ‘dys’ bermaksud ‘kesukaran’ dan ‘lexia’ bermaksud ‘perkataan’ dan jika diterjemahkan secara terus bermaksud “kesukaran dengan perkataan bertulis”. Istilah lain yang digunakan untuk menunjukkan masalah ini ialah “buta huruf”.

Perkataan Disleksia telah diperkenalkan oleh Profesor Berlin, seorang pakar perubatan dan ophtalmotologist pada tahun 1887 (Hammond & Hughes, 1996). Dari sudut pengistilahan, penggunaan perkataan Disleksia amat terhad kerana istilah tersebut merujuk kepada murid-murid yang mengalami kesukaan menguasai kemahiran membaca. Penulisan Barat mentakrifkan Disleksia sebagai kesukaran atau ketidakbolehan menguasai kemahiran membaca oleh seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi.

Manakala mengikut British Psychological Society (1999) “Dyslexia is evident when accurate and fluent word reading or spelling develops very incompletely or with great diffculty”, iaitu Disleksia terbukti wujud apabila ketepatan dan kelancaran membaca perkataan atau mengeja berkembang secara amat tidak lengkap atau dengan kesukaran yang amat sangat.

Bagi Payne dan Turner (1999), Hammond dan Hughes (1996) lebih cenderung menggunakan istilah ‘Specific Learning Difficulties’ (masalah belajar spesifik) bagi murid yang menghadapi masalah belajar disleksia. Pada mereka murid Disleksia bukan sahaja mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran membaca sahaja tetapi berkemungkinan menghadapi masalah secara menyeluruh dalam kemahiran ‘literasi’ dan ‘numerasi’.



CIRI-CIRI FIZIKAL 

Secara umumnya tiada apa yang membezakan mereka dengan kanak-kanak normal yang lain. Mereka membesar seperti biasa, tidak terbantut pertumbuhan. Tetapi apabila dikaji mereka ada perbezaan dengan murid normal. Fahaman lisan mereka baik tetapi lemah dalam bacaan. Mereka juga fasih bertutur dan boleh bercerita tetapi kerja tulisan lemah. Tampak cerdik dan berkemampuan seperti murid lain tetapi sentiasa mengalami masalah dalam kerja sekolah.

Pakaian mereka sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor, butang bajusalah butang, tali kasut tidak diikat rapi, kidal, kelihatan tidak berminat dalam pelajaran dan dilabelkan pemalas atau bodoh. Perhatiandan pengamatan singkat dan lemah. Degil, agresif, memberontak, suka menyendiri, suka membuat bising.

Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah dalam menggunakan sudu garfu sewaktu makan, sukar menggunaakn gunting terutama jika kidal, sukar untuk menekap, memegang pensil secara ganjil, sukar mengikat tali leher.

Mereka juga sukar untuk melompat dan skipping kerana masalah keseimbangan, sukar untuk menangkap , membaling dan menyepak bola. Mereka sering terlanggar orang lain dan objek, selalu menjatuhkan barang, sukar untuk naik tangga, sukar belajar menunggang basikal, sukar menyiapakan meja makan, sukar untuk berenang, sukar dalam permainan yang menggunakan perkataan kiri atau kanan, atas atau bawah, depan dan belakang, undur atau maju serta sukar belajar menari.
Setiap individu mungkin dominan pada bahagian kiri atau kanan sahaja. Bagi murid-murid yang mempunyai masalah literaliti bersilang menggunakan kedua-dua bahagian kiri dan kanan dalam melakukan pekerjaan yang berlainan. Contohnya individu menyepak bola dengan kaki kiri tetapi melihat melalui lensa kamera dengan mata kanan. Masalah ini juga boleh dilihat sewaktu kanak-kanak menggunakan pen, pensil atau krayon.

JENIS-JENIS DISLEKSIA


  • Disleksia Pandangan

Murid-murid ini dapat melihat dengan baik tetapi tidak dapat membezakan, membuat interpretasi atau mengingati erkataan yang dilihat. Ada yang begitu teruk sehingga tidak dapat membaca langsung, ada yang hanya mengalami masalah penyebutan perkataan yang mempunyai sukukata yang banyak sahaja.

Ciri-ciri yang selalu dikaitkan ialah kekeliruan mengenal perkataan atau huruf yang sama, seperti beg untuk bog, snip untuk ship. Kecenderungan kebalikan seperti dig untuk big, kecenderungan songsang contohnya spa untuk sap. Lukisanyang rendah mutunya kerana banyak butiran yang penting ditinggalkan walaupun pada benda yang biasa. Tidak dapat menjalani latihan permainan sukan yang kompleks. Kepayahan membuat analisis dan sintesis pandangan, tetapi tinggi daya kebolehan dalam aktiviti kemahiran mendengar yang mana menutup kekurangan dalam aktiviti berkaitan dengan pandangan.


  • Disleksia Pendengaran

Dapat melihat persamaan antara perkataan tetapi menghadapi masalah dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan fungsi pendengaran. Contohnya membezakan persamaan dan perbezaan antara bunyi, mengenala pasti bunyi dalam setiap perkataan satu pengadunan bunyi untuk menjadikan perkataan, dan membahagikan perkataan ke dalam suku kata tertentu. Murid-murid ini akan menghadapi masalah dalam belajar membaca.

Ciri-ciri yang selalu dikaitkan ialah kecelaruan diskriminasi pendengaran dan pengamatan yang menyebabkan sukar belajar bacaan mengikut kaedah analisis fonetik. Mempunyai masalah dengan analisis dan sintesisi pendengaran. Ini menyebabkan ketidakupayaan membahagikan perkataan kepada sukukata atau bunyi tertentu, tidak dapat menggabung bahagian-bahagian perkataan menjadi satu yang lengkap.

Tidak dapat membunyikan semula bunyi dalam perkataan, contohnya tidak dapat mengingati bunyi huruf atau tidak dapat menyebut perkataan walaupun ia tahu makna perkataan itu. Ada kekacauan dalam memahami bunyi secara berurutan seperti penyebutan yang tidak betul semasa menulis, mengubah urutan huruf kerana tidak dapat mengingat atau mengekalkan urutan bunyi. Darisegi perlakuan, murid-murid ini lebih cenderung untuk memilih aktiviti yang memerlukan kemahiran pandangan.


LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Mereka yang menghadapi Disleksia biasanya susah untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis tetapi memiliki bakat, kepintaran atau kecerdasan yang lain. Ini disebabkan oleh perbezaan dalam caraotak memproses maklumat terutama sekali berkenaan dengan bunyi , simbol dan makna. Kanak-kanak Disleksia cenderung menggunakan otak kanan. Ini menimbulkan cara disleksik berfikir dan cara belajar berlainan. Cara anak Disleksia memerhati dan berfikir boleh dianggap satu anugerah bukan satu masalah.

Program kemahiran keibubapaan seperti Program Peningkatan Akademik. Sebelum persekolahan, ibu bapa hendaklah peka dengan memerhatikan simptom-simptom Disleksia, beri bantuan bacaan dan latihan pembelajaran sebelum tadika, perhatikan dan beri bantuan sosial, beri pengalaman luaran meningkatkan pengetahuan seperti melawat zoo, muzium dan lain-lain.

Ketika bersedia untuk memasuki alam persekolahan, ibu bapa hendaklah berbincang dengan guru besar dengan memberitahu masalah melalui maklumat berkenaan penilaian psikologi dan pendidikan, mengenali guru yang mengajar anak dengan menjelaskan masalah anak dan meminta kerjasama membantu dan memahami masalah anak sepanjang persekolahan.

Ibu bapa juga perlu meluangkan masa untuk mengajar dan membantu anak melalui mengenal pasti kekuatan dan kelemahan anak-anak, mengenal pasti bakat kebolehan dan kemahiran khusus yang dimiliki, cuba berbagai cara untuk menarik minat dan menambah motivasi serta memahami gaya pembelajaran kanak-kanak Disleksia.

Selain itu juga mengadakan program perkongsian mengajar berhasil. Program ini dapat membantu ibu bapa membantu anak mereka di rumah dengan menggunakan pendekatan secara bersama dengan guru. Gunakan pelbagai deria seperti sebut, dengar, lihat, rasa dan sentuh. Contohnya menulis atas pasir, bina bentuk huruf., mengulang dengan kerap melalui cara yang berbeza-beza untuk mengukuhkan fahaman dan ingatan.

Kaedah kumulatif di mana ia mengaitkan maklumat baru dengan apa yang telah dipelajari dengan menggunakan contoh yang berbeza untuk pengukuhan dan pembinaan yakin diri seperti menggunakan strategi ingatan atau hafalan seperti peta minda, lukisan dan carta. Kanak-kanak Disleksia mudah berasa letih, jadi kurangkan beban kerja mereka. Kaedah yang lebih baik dengan membaca hanya sebelah mata yang mengelakkan kedua-dua melihat huruf yang kelihatan bersilang antara satu sama lain.

Di samping itu juga, mengadakan program kerjasama antara pelbagai disiplin. Termasuklah terapi bahasa, terapi pertuturan, ahli psikologi, guru pendidikan khas, pentadbir dan ahli-ahli lain akan mampu membina modul serta pendekatan pengajaran yang boleh digunakan oleh ibu bapa mengembang potensi anak-anak ini.

Individu Disleksia harus digalakkan mempamerkan kekuatan luar biasa terutama dalam pemikiran kreatif secara visual. Kebolehan mereka yang unik harus digunakan supaya mereka juga boleh berjaya dalam bidang seni, sains dan teknikal. Nama-nama hebat yang tergolong dalam kumpulan Disleksia termasuklah Thomas Edison, Leonardo De Vinci, Winston Churchill, George Pattorn dan William Butler Yeats.


SPINA BIFIDA

DEFINISI

Perkataan Spina Bifida berasal dari perkataan ‘Latin’ bermaksud ‘Split Spike’ atau tulang belakang merebah iaitu pembentukan yang tidak lengkap atau selaput yang menonjol.

Sistem saraf pusat elemen utamanya ialah otak dan spina cord. Semua aktiviti badan dikawal oleh otak dengan cara menerima maklumat menerusi sentuhan, penglihatan, perasaan, deria rasa dan pendengaran. Spina terbentuk daripada 33 cantuman tulang di sepanjang belakang berfungsi pergerakan otot-otot dan melindungi spina cord. Tiub neural terbentuk antara 14-28 minggu. Spina terjadi disebabkan tulang mengelilingi otak dan spina cord gagal bercantum dengan lengkap.

 CIRI-CIRI FIZIKAL

Terdapat beberapa masalah perkembangan fizikal yang dikenalpasti iaitu perkembangan fizikal tidak sempurna, kebolehan mental yang teruk, cara percakapan yang janggal, sukar berjalan mengikut arah bunyi dan hanya menggunakan isyarat tangan apabila berkomunikasi.

CIRI-CIRI KESIHATAN

Mempunyai masalah kesihatan seperti saiz telinga, telinga berair atau bernanah, kurap, selesema, sakit tekak dan tonsilitus. Hilang kawalan atau kesukaran mengawal untuk membuang air kencing, kencing malam kerana mengalami masalah usus dan pundi kencing. Saraf-saraf menjadi tegang terutama bahagian “lumber dan sacral”.

 LANGKAH-LANGKAH PERUBATAN

Wanita mengandung perlu mengambil asid folik pada kadar 0.4 mm setiap hari terutama ketika awal mengandung. Wanita berisiko tinggi untuk mendapat masalah ini terhadap anak dalam kandungan. Oleh itu, mereka perlu mendapatkan nasihat dan kaunseling perubatan daripada pakar genetik.

SLOW LEARNER
DEFINISI    

Slow Learner (lambat belajar) ialah kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan yang di bawah sederhana atau rencatan yang ringan. Mengikut Burt (1937) “Slow Learner who are unable to cope with the work normally expected of their age group. In teaching backward children, the mentalage is often taken as a guide to the levels of attainment to be expected of pupils. Thus, if a child’s mental age is 10 years, we assume that his attainment age should also be at the 10 years level. On the contrary, if his attainment age falls below his mental age, his is considered a slow learner”.

CIRI-CIRI FIZIKAL

Kanak-kanak ini menunjukkan kebolehan menulis dan membaca atau mengira sekurang-kurangnya dua tahun di bawah usianya. Lemah daya perhatian terhadap sesuatu kerja, tidak pandai bergaul dengan rakan sebaya kerana mereka selalu berkelakuan menyinggung perasaan orang lain dan menggunakan perkataan yang tidak menarik perhatian kanak-kanak lain kepada mereka.
Selain itu, kekok pergerakan tangannya lalu menimbulkan masalah pembelajaran di sekolah. Ini kerana setiap kali guru menyuruh mereka menyalin sesuatu, mereka tidak dapat menghabiskan kerja mereka dalam masa yang ditetapkan. Daya pemikiran mereka mungkin sederhana atau lebih baik daripada kanak-kanak lain tetapi masalah kekok pergerakan tangan menyebabkan mereka gagal dalam uijan yang memerlukan banyak menulis.


EPILEPSY

SEJARAH
Dalam masyarakat melayu penyakit sawan memang sudah dikenali sejak dahulu lagi. Ia lebih popular dengan gelaran “gila babi” atau “sawan babi” bagi masyarakat melayu. Bagi masyarakat cina pula, mereka menggelarkannya sebagai “sawan kambing”. Kedua-dua gelaran ini jelas menunjukkan rasa jijik masyarakat kita terhadap penyakit tersebut dengan mengaitkannya dengan nama binatang. Panggilan-panggilan yang kejam ini adalah tidak berperikemanusiaan dan boleh menimbulkan kesan negatif yang mendalam di dalam jiwa kanak-kanak tersebut.

Akibat kurangnya pengetahuan tentang penyakit tersebut, maka ada antara kita yang mengaitkannya dengan rasukan syaitan ataupun hantu. Lantas, ada ibu bapa yang membawanya berjumpa dengan bomoh atau dukun untuk mengubatinya dan bukannya  ke klinik atau ke hospital. Ini disertakan pergerakan mereka sewaktu mengalami epilepsy tersebut. Secara tiba-tiba pesakit akan terjatuh, badannya terketar-ketar, mulut berbuih dan kemudian akan tertidur keletihan. Fenomena ini berlaku seperti dirasuk oleh syaitan.

 DEFINISI

Menurut Kamus Dewan 2002, sawan atau epilepsy bermaksud penyakit yang dating secara tiba-tiba dan menyebabkan anggota menjadi kaku, kejang, berbuih mulut dan lain-lain. Epilepsy adalah sawan serius. Semasa pesakit mengalaminya terdapat perubahan pada “Brain Wave”.

Epilepsy atau sawan terbahagi kepada dua iaitu sawan demam dan sawan bukan demam. Sawan  demam ialah sawan yang berpunca dari demam panas dan berlaku dikalangan kanak-kanak yang berumur diantara enam bulan hingga tiga tahun. Manakala, sawan bukan demam ialah yang berpunca bukan disebabkan oleh demam panas.

Namun begitu, sawan bukan demam terbahagi kepada tiga. Antaranya ialah sawan grand mal, sawan petit mal, dan  sawan psikomotor. Sawan grand mal ialah yang ditandai dengan kehilangan ingatan, kekakuan badan, menahan nafas, jatuh ke tanah melainkan jika ditahan, badan yang terketar-ketar dan berakhir dengan kelesuan dan tertidur. Setelah sedar, mereka pening kepala, kebingunggan dan mengantuk.

Selain itu, sawan petit mal pula ialah ditandai dengan sifat merenung jauh seolah-olah pesakit sedang dilamun mimpi disiang hari. Kadangkala dia mengenyitkan matanya  beberapa kali secara tiba-tiba atau diikuti oleh pergerakan pada kaki, tangan atau pipi muka beberapa kali.

Manakala, sawan psikomotor pula ialah perlakuan-perlakuan yang disengajakan, tetapi tidak sesuai dengan keadaan. Pesakit seolah-olah seperti dirasuk sambil mendecap-decapkan bibirnya beberapa kali atau melakukan pergerakan bibirnya seperti menguyah. Pesakit juga mungkin bangun secara tiba-tiba dari kerusinya dan berjalan sambil membuka baju. Ada juga yang bercakap sendirian dan menggerak-gerakkan tangannya seolah-olah memandu kereta. Jika perlakuannya dihalang, pesakit akan melawan atau pun merasa marah. Sawan psikomotor berlangsung hanya beberapa minit sahaja dan tidak disertai oleh pengerakkan badan yang keterlaluan atau pun terjatuh.

CIRI-CIRI FIZIKAL

Secara umumnya, penyakit epilepsy menyerang kanak-kanak tidak mengira sama ada kanak-kanak itu di dalam kategori sebagai kanak-kanak istimewa atau tidak. Di sini bermaksud kanak-kanak normal juga ada yang mngidap epilepsy. Perkembangan fizikalnya adalah kognitif dan sosial.
Kanak-kanak yang mengalami terencat akal lazimnya juga akan menghadapi epilepsy, tetapi semua pesakit epilepsy adalah terencat akal. Ada kanak-kanak yang menghidapi epilepsy aktif seperti kanak-kanak normal, gembira dan ada kalanya lebih pandai lagi daripada kanak-kanak normal. Dalam hubungan sosial pula, kanak-kanak tersebut boleh bergaul dengan kanak-kanak normal yang lain. Cuma semasa kanak-kanak tersebut mengalami epilepsy, keadaannya jauh berbeza dengan kanak-kanak normal. Pada waktu itu, mereka tidak boleh berfikir dan mengingatinya. Keadaan mereka agak lemah dan kepenatan seterusnya akan tertidur.

Bagi kanak-kanak epilepsy yang mengalami kerencatan akal pula mempunyai fikiran yang tidak keruan dan merungsingkan. Tindakan mereka diluar kawalan dan tidak diduga seperti naik marah, membaling barang-barang, menghantuk kepala, mencederakan diri dan sebagainya. Emosi dan fikiran mereka tidak stabil apatah lagi apabila diserang epilepsy.

Terdapat masyarakat yang memandang negatif terhadap kanak-kanak kerencatan akal dan dalam masa yang sama juga mengalami epilepsy. Oleh kerana itu, pergaulan mereka agak terbatas. Ini disebabkan, ada yang beranggapan epilepsy boleh berjangkit melalui air liur yang meleleh. Ibu bapa kanak-kanak tersebut juga kadang kala tidak membenarkan anak-anak mereka bergaul dengan masyarakat luar kerana merasa malu mempunyai anak epilepsy.

LANGKAH PENCEGAHAN

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan daripada menghidap epilepsy ini. Antaranya ialah jangan biarkan anak-anak yang mengalami demam yang berpanjangan. Jika dibiarkan terlalu lama dan suhunya terlalu tinggi akan menyebabakan anak-anak tersebut mengalami sawan demam. Oleh itu, seharusnya ibu bapa segera membawanya ke klinik atau pun ke hospital. Terdapat juga ibu bapa yang mengelap badan kanak-kanak terebut dengan tuala basah agar suhu badannya akan  turun.

Selain itu, elakkan kepala daripada terhantuk dengan kuat terutama dikalangan kanak-kanak. Hantukan dan pukulan yang kuat boleh menimbulkan masalah saraf di kepala. Masalah saraf di kepala mempunyai kaitan dengan kerencatan akal dan hampir semua yang terencat akal mengalami epilepsy.

Disamping itu, dapatkan makanan yang seimbang bagi ibu-ibu yang mengandung. Makanan yang seimbang ini mengandungi zat dan vitamin yang diperlukan di dalam badan si ibu dan membantu pertumbuhan dan perkembangan janin. Kekurangan gula, kalsium, atau magnesium di dalam darah boleh mengakibatkan epilepsy.

Malah, pastikan keadaan dan kelengkapan yang mencukupi sewaktu menyambut kelahiran. Ini kerana epilepsy boleh berlaku dikalangan mereka yang lemas semasa di dalam rahim ibu atau pun ketika dilahirkan. Sering kali kita mendengar layanan-layanan yang kurang baik diberikan oleh pihak hospital kepada ibu-ibu yang akan melahirkan anak. Sikap sambil lewa dan cuai ini kadang kala menyebabkan si ibu bersalin seorang diri dan akibatnya ank tersebut lemas di dalam rahim atau pun sewaktu dilahirkan.

Walau bagaimanapun, elakkan daripada terdedah dengan keracunan plumbum khususnya bagi ibu-ibu yang mengandung. Keracunan plumbum ini termasuklah seperti terdedah dengan cat, petrol dan sebagainya.  

HIPERAKTIF (Attention Deficit Disorder)

Hiperaktif dipercayai berpunca daripada gangguan mekanisme sistem saraf pusat (central nerves system). Punca permasalahan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor-faktornya ialah genetik, infeksi, kerosakan pada otak dan masalah persekitaran rumah. Selain itu, ia juga berpunca daripada keracunan (toksin), kekurangan zat makanan, alahan kepada makanan dan alahan kepada bahan kimia.

Kanak-kanak hiperaktif mempunyai ciri-ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat, sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Mereka tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukkan kedegilannya serta susah dikawal dan didisplinkan. Oleh itu, kanak-kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau-rayau, tidak boleh duduk diam di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.

  Adakalanya, kanak-kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri-ciri perkembangan bahasa yang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak-kanak lain dan mereka sering terasa terasing. Kanak-kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga empat puluh orang murid dalam satu kelas. Mereka tidak boleh menerima perhatian yang khusus pada murid ini sahaja.

Selain itu, kanak-kanak hiperaktif ini juga mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya, mereka sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kank-kanak seperti ini memerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan  pendekatan satu dengan satu. Guru-guru perlu sering meberikan peringatan kepada murid-murid  ini sama ada isyarat atau mengetuk meja untuk mendapatkan perhatiannya dari semasa ke semasa. Adakalanya, pakar kanak-kanak perlu memberi ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi.

Walau bagaimanapun, hiperaktif ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Ciri-ciri khususnya ialah aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan serta tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi, dan warna. Selain itu, mereka ini tidur tidak tetap dan terlalu kerap menangis atau ketawa. Disamping itu, mereka sukar memberi tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan dan mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut. Malah, mereka sering mengamuk bila kehendaknya dihalang dan sukar menyesuaikan diri  serta berinteraksi dengan rakan sebaya.    



3.8 SINDROM DOWN

3.8.1 Apa itu Sindrom Down
Ramai telah mendengar namun, ramai juga yang cetek pengetahuan mengenainya. Ia bukan sejenis penyakit yang moden atau orang kaya malah sindrom down (SD) tidak dikatakan penyakit. Sindrom Down tidak boleh diubati dan ia terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran. Perkembangan mental dan fizikal kank-kanak sindrom down lambat berbanding dengna kanak-kanak biasa. Oleh itu akank-kanak sindrom down perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membawa mereka berdikari. Sindrom Down terbahagi kepada tiga iaitu Trisomi, Traslovation dan Mesiac. Tidak kira jenis Sindrom Down, kanak-kanak Sindrom Dwon boleh dikenali melalui wajah mereka yang hampir sama.
Sindrom Down ialah penyakit konginetal apabila seseorang dilahirkan mempunyai tiga salinan kromosom ini. Sebab itu jugalah, Sindrom Down di rujuk dengan nama Trisomi 21. Dengan erti kata lain, mereka mempunyai satu kromosom terlebih yang menyebabkan mereka dikategorikan Sindrom Down dan lain-lain kromosom mereka adalah normal.

3.8.2 Apa itu kromosom

Kromosom adalah struktur yang terdapat nucleus sel-sel yang mengandungi maklumat yang di warisi daripada ibu dan bapa. Ia mengandungi kod genetik yang mengawal dan mengarah pembahagian pertumbuhan dan fungsi sel.
Seorang individu normal mempunyai 46 kromosom, setiap 23 di warisi daripada ibu. Manakala bakinya di warisi daripada bapa. Setiap individu mempunyai kod genetic yang unik (kecuali kembar seiras)Keunikan inilah yang menyebabkan penampilan fizikal setipa individu yang berbeza-beza.

3.8.3 SEJARAH SINDROM DOWN

Penyakit ini sebenarnya sudah diketahui sejak 1860 oleh Dr.Langdon Down dari Inggeris, tetapi baru pada awal tahun 60-an ditemukan diagnosisnya secara pasti iaitu dengan pemeriksaan kromosom. Dahulu nama penyakit ini dikenal dengan nama Mongoloid atau Mongolism kerana penderitanya mempunyai gejala klinik yang khas, iaitu wajahnya seperti bangsa Monggol dengan mata yang sepet dan bujur ke atas.

Tetapi setelah diketahui bahawa penyakit ini terdapat pada seluruh bangsa di dunia dan adanya tuntutan dari perintah negara Mongolia yang menganggap kurang sesuai terhadap pemberian nama tersebut , maka dianjurkan untuk mengganti nama tersebut dengan Sindrom Down .
Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para saintis luar negara .Pada tahun 1866 , seorang ahli fizik berbangsa Inggeris , John Lagdon Down ( 1828 – 1896 ) telah menerbitkan penerangan pertama di dalam dunia perubatan mengenai individu yang dilahirkan sebagai Sindrom Down .Kajian seterusnya dilakukan pada tahun 1959 oleh Jerome Lejuene , seorang ahli fizik dari Perancis . Beliau telah menemui penambahan kromosom pada kromosom yang ke -21 . Bagi orang normal , bilangan kromosom 21 adalah 2 tetapi bagi pengidap Sindrom Down mempunyai 3 kromosom .Pada tahun 1990, kromosom 21 adalah kromosom pertama yang dirajahkan secara penuh .

 CIRI – CIRI MASALAH FIZIKAL SINDROM DOWN


  • Sifat Pada Kepala , Muka , Dan Leher         

         
Kanak –kanak Sindrom Down mempunyai ciri – ciri fizikal yang unik di mana mereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Monggol . Mereka juga mempunyai pangkal hidung yang kemek .Jarak diantara dua mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam .Mata mereka sentiasa berair dan merah serta mempunyai mata yang sepet iaitu bahagian luarya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua- dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.

Saiz mulut adalah kecil yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat . Saiz lidah yang tebal , kasar , dan pendek menyebabkan lidah selalu terjelir .Pertumbuhan gigi mereka adalah lambat dan tidak teratur .Paras telinga adalah lebih rendah . Kebiasaannya kepala mereka adalah lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang manakala lehernya agak pendek .


  •   Sifat Pada Tangan dan Lengan


Sifat- sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari- jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam tapak tangan yang lebar dan pendek .Kebiasaannya tapak tangan mereka hanya terdapat satu garisan .Jari dan tangan mereka adalah lebar dan pendek serta berbonggol .


  •    Sifat Pada Kaki


Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki kedua agak jauh terpisah dari tapak kaki .


  •  Sifat Pada Otot


Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebakan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar .


  • Ciri-Ciri Lain


Kanak-kanak Sindrom Down juga mempunyai ciri-ciri lain seperti berbadan gempal dan rendah serta agak bongkok . Mereka juga majority adalah berambut lurus dan lembut . Kebiasaanya, kanak-kanak ini juga suka bermanja, bermain dan bergembira diamna mereka mudah mesra serta dapat bergaul dengan baik . IQ mereka pula adalah di antara 30-80 . Kebiasaannya, kecacatan mereka dapat dikesan sebaik selepas lahir .

 PUNCA-PUNCA KEJADIAN

Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunayi risiko ynag lebih tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down . Sembiloan puluh lima peratus ( 95%) Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 . Keadaan ini disebabkan oleh “kon-dysjustion” kromosom yang terlibta itu adalah kromosom dua puluh satu di mana semasa proses pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom dua puluh satu tidak berlaku dengan sempurna .
Di kalangan lima peratus (5%) lagi kanak-kanak Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan “tranlocation”. Keadaan biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetic dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemua 46 kromosom.
Mekanisna ini biasanya berlaku apda ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda . Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan “mossic”.


 JENIS-JENIS SINDROM DOWN


  • Trisomi


Kanak-kanak Sindrom Down adalah kanak-kanak yang menghadapi masalah fizikal, emosi dan intelek . Kanak-kanak jenis ini adalah berlaku disebabkan penambahan pasangan kromosom 23+1 (pada kromosom nombor 21) yang sepatutnya 46 menjadi 47 .

Kelahiran Sindrom Down jarang berlaku di dalam sesebuah keluarga . Menurut kajian nisbah kelahiran bagi ibu yang berumur kurang 25 tahun ialah 1:2000 kelahiran manakala nisbah kelahiran bagi ibu ynag berusia 35-39 tahun adalah 1:50 kelahiran dan bagi ibu ynag berusia 40 tahun nisbah kelahiran adalah pada nisbah 1:30 kelahiran . Darjah kecerdasan Sindrom Down jenis trisomi ini ialah antara 50%-80% .


  • Translocation


Kelahiran jenis ini tidak membabitkan kebaikan kromosom dalam darah ibu hamil. Sindrom Down (translocation) ini terjadi dalam dua cara .Cara yang pertama ialah apabila secebis kromosom nombor 14 bercampur dengan kromosom nombor 21 . Jika ibu pembawa kebarangkalian mendapat anak Sindrom Down adalah 10%-25%. Jika bapa pembawa kebarangkalian untuk mendapat anak Sindrom Down adalah 3%-5%.

Cara kedua yanbg terjadi apabila secebis kromosom yang bernombor 21 bercampur dengan nombor yang sama . jika ibu pembawa kebarangkalian mendapat anak Sindrom Down ini ialah di antara 50%-80%.


  • Mosaic


Sindrom Down jenis ini adalah tidak ketara pada wajah murid-murid dan tidak 100% Sindrom Down . Kerosakan mental bagi murid-murid ini tidak teruk . Darjah kecerdasannya adalah 80%-90%.

MASALAH KESIHATAN


  •  Masalah Jantung


Masalah jantung yang paling kuat berlaku adalah jantung berlubang seperti Ventricullar Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang di antara arteri kiri dan kanan .
Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan ( Patent Ductus Ateriosis / PDA) .Bagi kanak-kanak ini boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (Cynotic Spell) dan susah bernafas .
         

  • Masalah Usus


            Masalah usus biasanya dikesan semasa awal kelahiran seperti :

1.      Salur esophagus yang terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali di bahagian yang tertentu esofagus. Biasanya ia dapat di kesan semasa ia berumur 1-2 hari di mana bayi mengalmai masalah menelan air liurnya atau dikesan oleh doktod atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub untuk menyedut air perut semasa baru lahir .

2.      Salur usus kecil duodenum yang tidka terbuka penyempitan yang dinamakan “Hirshprung Disease”. Keadaan ini disebabkan oleh sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum . biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar .

3.      Salur usus rektum atau bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang tidak terbuka langsung atau penyempitan yang dinamakan “Hirshprung Disease”. Keadaan ini disebabkan oleh sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum . Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar .


  • Masalah Lain


Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah Hipotiroidism iaitu kurang hormone tairiod . masalah ini berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down .
Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian leher boleh menyebabkan berlakuany penyakit lumpuh di mana ianya berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down . Sebahagian kecil mereka mempunyai risiko untuk mengalami kanser sel darah putih iaitu leukemia .
Selain itu kanak-kanak Sindrom Down mudah mendapat selesema, radang tengkorok dan radang paru-paru . Mereka juga menghadapi masalah kurang pendengaran dan penglihatan yang kurang jelas




LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Walaupun Sindrom Down sejenis penyakit yang di anggap serius tetapi ia boleh di cegah . Terdapat beberapa langkah dalam pencegahannya . Pencegahan tersebut meliputi ibu-ibu yang mengandung .
Para ibu sememangnya tidak digalakkan untuk mengandung setelah usia mereka mencecah atau melebihi 35 tahun . Tetapi keadaan ini sememangnya menjadi masalah pada masa kini kerana kebanyakkan golongan wanita lebih cenderung atau lebih mementingkan kerjaya daripada memikirkan tentang rumah tangga . Oleh itu mereka telah mengambil langkah untuk berkahwin lambat . Keadaan ini telah menyebabkan mereka lewat mengandung dan kesuburan mereka akan terjejas . Oleh itu, terdapatnya pelbagai informasi yang disiarkan oleh media massa kita hendakklah mengambil berat tentangnya kerana ia boleh dijadikan panduan dalam kehidupan berkeluarga .
Jika seseorang ibu pernah mengalami masalah keguguran atau pernah melahirkan anak yang cacat, mereka hendaklah merujuk kepada doktor atau pakar . Cara yang sebegini adalah untuk mengetahui punca-punca yang menyebabkan kelahiran anak cacat ataupun Sindrom Down . Melalui pemeriksaan ini juga , kita dapat mengetahui penyebabnya, seterusnya ibu itu boleh mengambil langkah pencegahan yang segera . Kita amat mementingkan pencegahan adalah disebabkan kerana jika kehamilan sudah terjadi, pencegahan untuk merawtanya tidak mungkin lagi dapat dijalankan walaupun dengan melakukan pemeriksaan darah atau kromosom dari cairan serta ari-ari seseorang seperti yang telah dinyatakan .

Disamping itu dengan adanya kemudahan teknologi yang cangggih dalam bidang perubatan sekarang, ibu-ibu yang mengandung kini boleh menjalani ujian untuk mengesan gejala Sindrom Down sebagai langkah pencegahannya . Kaedah ujian ini adalah satu langkah pencegahan yang boleh dilakukan dalam tempoh yang terdekat iaitu dalam tempoh bulan pertama ketika kehamilan sedang berlaku . Prosedur ini tidak mendatangkan kesan serta menyakitkan si ibu . Ia juga kurang merbahaya bagi bayi di dalam kandungan dan kaedah ini juga tidak melibatkan pengmbilan cecair dari dalam rahim ibu . Namun begitu, wanita yang berusia 37 tahun dan ke atas berkemungkinan anak atau bayi Sindrom Down adalah kira-kira satu dalam setiap 138 kehamilan di dunia . Oleh itu, prosedur yang terbaru yang dikenali sebagai Ujian Imbasan Kehamilan Tiga Bulan Pertama, atau FTPS dapat memberikan penilaian yang lebih tepat mengenai kemungkinan Sindrom Down . Ujian boleh dijalankan oleh ibu-ibu mengandung dari minggu 11 hingga minggu 14 kehamilannya .

UJIAN MENGESAN ANAK YANG CACAT

Jika seseorang wanita itu menglami kehamilan, maka mereka boleh melakukan ujian untuk diuji selnya bagi bayi yang sedang membesar dalam kandungannya . Ia merupakan satu kaedah yang baru dan ia juga dinamai sebagai Penempelan Vilus Korion dan kaedah ini membolehkan seseorang doktor mengambil sel ini pada minggu yang kelima kehamilannya .

Kaedah tersebut dilakukan dengan memasukkan, satu tiup pig yang halus serta melalui vagina ibu seterusnya ke adlam uterus . Dengan bantuan Ultrasound juga, ia dapat memberikan gambaran tentang kandungan uterus dan koroin, iaitu sau membran yang melingkumi bayi dalam kanduang yang sedang membesar itu .

Seterusnya penyedut akan digunakan untuk mengeluarkan satu sample Vilus Korion, melaluinya sambungan bak pokok bagi Korion dapat di lihat . Sel-sel ini dalah merupakan sel yang mengandungi kromosom dan genetic ynag sama seperti bayi dan ia boleh diuji bagi pengesanan sebarang kecacatan genetik . Contohnya, satu Kariotip akan menunjukkan sama ada bayi yang akan dilahirkan pengidap Sindrom Down atau sebaliknya .

Di samping itu juga, terdapat dua lagi akedah ujian yang lain boleh digunakan untuk mengumpul sel bagi melakukan ujian . Amniosentesis dilakukan pada kira-kira minggu keenam belas kehamilan si ibu . Manakala bagi amniosentesis,. Sebatang jarum panjang yang digunakan untuk mengeluarkan sedikit bendalir Amnium dan sel fetus . Selepas sel dikultus, maka analisis serta ujian kromosom yang boleh mengesan kekurangan biokimia boleh dijalankan . Dalam fetoskopi, serta periskop yang kecil denga satu sumber cahaya sejuk disisipkan melalui satu belahan yang kecil di dalam uterus . Melalui kaedah ini ia membolehkan kita melihat sebahagian kecil fetus di dalam dan mengambil sampel kulit serta darah bagi tujuan untuk dilakukan ujian .  

MURID PINTAR CERDAS            

DEFINISI

Ahli biologi mengatakan pintar cerdas sebagai kebolehan luarbiasa yang dimiliki oleh seorang individu yang melakukan adaptasai dan manipulasi terhadap keadaan dan perubahan persekitaran . Sebagai contoh ialah sensitive dan juga diam .

Stanford Binet (1916) pintar cerdsa merupakan kepada keupayaan seseorang untuk memahami, membuta pertimbangan dan penakulan denagn bijak . Manakala Lewis Terman (1916) pula menyatakan bahawa pintar cerdas sebagai individu ynag berkebolehan berjiwa secara abstrak iaitu lebih jauh daripada orang biasa .Mengikut pendapat Marland (1972) kanak-kanak yang dikenlapasti oleh pihka yang berkelayakkan profesional sebagai individu ynag memiliki kebolehan tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan . Di samping itu, menurut pusat perkembangan kurikulum Malaysia , pintar cerdas adalah kanak-kanak yang maju dalam pembelajaran dan menerima pelajaran lebih awal dan cepat daripada kanak-kanak normal . Mereka dapat membuat kerja sekolah dengan cepat, sempurna serta mempunyai bakat menyeluruh dalam bidang yang tertentu .

Kesimpulannya ialah pintar cerdas merangkumi satu kombinasi yang istimewa dan tinggi, (Superiol General Abilities), pencapaian kreatif pada tahap yang lebih bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya .


PUNCA-PUNCA PINTAR CERDAS


  • Faktor Genetik


Perwarisan daripada ciri-ciri fizikal ibu bapa, boleh dibeza-beza jika di lihat persamaan dan perbezaan anak-naka dalam keluarga . Kebanyakkan pakar bersetuju bahawa asas potensi mental seseorang sememangnya diwarisi daripada ibu bapa . Namun begitu tiada alat yang dapat mengukur kebenaran faktor genetik .


  • Faktor Persekitaran


Pengalaman melalui asuhan merupakan salah satu daripada factor yang lebih dominan dan membnatu dalam perkembangan serta meningkatkan kepintaran seseorang. Keadaan sekeliling seseorang individu yang membesar adalah faktor penentu untuk menentukna sejauhmana bakat dan kepintaran yang diwarisi berkembang .

 CIRI-CIRI MASALAH FIZIKAL PINTAR CERDAS

Ciri-ciri kanak-kanak yang mengalamai masalah fizikal dalam pintar cerdas ialah mempunyai semangat inkuiri dan perasaan curiga . Kebolehan yang luar biasa, suka bertanya dan berminat untuk mendapatkan jawapan yang terkini .

Mereka yang terdiri dariapda golongan ini juga berciri-cirikan seperti sangat kreatif teruatamyan dalam menguasa dalam kemhairan yang mampu untuk menghasilkan sesuatu yang abstrak da mempunyai idea-idea yang kreatif dan kadang kala mereka di anggap pelik .
Di Samping itu, mereka juga bercirikan seperti suka mencuba sesuatu yang dianggap sukar oleh orang lain . Mereka juga boleh bercakap, membaca, menulis dan memahami percakapan orang dewasa pada peringkat umur yang awal dan mempunyai perbendaharaan kata yang kemas . Selain itu, mereka juga dikatakan mempunyai tahap penumpuan yang lama terhadap sesuatau perkara terutamanya dalam aspek kemahiran dan mereka juga mempuyai tenaga yang banyak dan dikatakan begitu aktif serta mampu bersesosial dengan cepat .  Kanak-kanak yang diketegorakan dalam masalah ini juga mempunyai daya keistimewaan yang hampir sama dengan kanak-kanak normal ynag biasa . Mereka juga turut mempunyai daya kepimpinan dan ketua yang lebih dominant serta “superior” di kalangan rakan sebaya .

MASALAH KESIHATAN

JENIS-JENIS KECERDASAN DAN KEBOLEHAN ( DR.GARNER )


  • Verbal-Linguistik


Mereka berkebolehan dalam menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan .Golongan ini juga amat peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutamanya kebolehan dalam merangsang emosi .


  • Logik dan Matematik


Kebolehan dalam menakluk, menyelesaikan masalaah yang komplek, membuat perkaitan seperti menyoal, kritis, cekap dalam membuat pengiraan dan perbandingan . Mereka juga cukup cekpa dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan komputer .


  • Existentian


Kanak-kanak ynag terdiri daripada golongan pintar cerdas adalah amat berminat tentang hayat, evolusi manusia dan kematian .



  • Visual-Ruang


Mereka berkebolehan dalam mengesan dan menggambar bentuk, ruang,warna dan garisan. Selain itu mereka berkebolehan dalam mempersembahkan idea visual dan mengesan grafik . Berkebolehan juga dalam bidang seni, kreatif dalam menggunakan warna, membaca peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat .
         

  • Muzik


Kanak-kanak dari masaalh pintar cerdas adalah amat berkebolehan dalam mengsan nada, melodi termask kemahuan dalam mengenal logo dan mengubah tempo / irama dalam melodi yang mudah . Mereka juga boleh merekodkan memori auditori . Murid yang mempunyai kecerdasan ini gemar belajar dalam masalah pengjaran lisan dan suka akan aktiviti yang jenis bersifat tarian .


  •  Interpersonal


Kebolehan dalam memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrta orang lain. Mereka boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan . Murid-murid ini yang tergolong dalamkecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan lagi melalui pembelajaran koorperatif, pengajaran dengan rakan sebaya akan penglibatan dalam perbincangan kelas . Kebolehan dalam menjayakan sesuatu perhubungan dan kebolehan bersosialis. Selain itu, murid-murid daripada masalah pintar cerdas ini juga berkebolehan dalam memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan termasuk kemahiran yang membandingkan diri sendiri dengan orang lain dan mengetahui bagaimana untuk mengawal perasaan . Mereka juga turut berkebolehan dalam memahami perasaan orang lain dan mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi dan golongan pintar cerdas ini juga suka bekerja secara bersendirian .


  • Kinestetik


Berkebolehan dalam menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan untuki menyelesaikan masalah termasuk masalah fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan .Murid-murid pintar cerdas ini juga amat mahir dalam memanipulasi objek dan aktiviti yang melibatkan motor halus dan motor kasar NATURALS.Di samping itu juga mereka juga turut berkebolehan dalam mengenal, mengklasifikasi dan menghargai tumbuhan bahan galian dan haiwan serta berkebolehan dalam melihat perhubungan dan pula yang rapat antara tumbuhan dan juga antara kehidupan haiwan .


  • Perkembangan Fizikal


Pada dasarnya kanak-kanak pintar cerdas mengalami pertumbuhan fizikal yang sama .