Tuesday, October 14, 2014

Menghilangkan Kelemumur

Jangan risau kalau ada masalah kelemumur... petua ini akan membantu anda...
 
a) Perahkan beberapa biji limau purut atau limau nipis di atas kulit kepala. Lumurkan sehingga rata dan biarkan selama beberapa jam. Untuk hasil terbaik, perapkan rambut dengan tuala. Amalkan selalu. Petua ini juga berguna untuk mengurangkan pening kepala.





Petua-petua ini boleh dicuba dan dilihat keberkesanannya tetapi harus diingat bahawa ianya akan mengambil masa untuk mengetahui keberkesannya. Oleh itu sesiapa yang mencuba petua-petua ini haruslah bersabar untuk mengetahui kesannya dan petua ini haruslah diamalkan selalu. Kebaikan mengamalkan petua yang berasaskan tumbuhan ini adalah kerana ia tidak mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan manusia.

Petua Menjaga Rambut / Mengelakkan Rambut Gugur

Rambut tu penting taw bagi perempuan atau lelaki.Jadi jaga rambut anda untuk memikat orang yang tersayang... :)

a) Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. InsyaAllah rambut akan kekal kuat dan hitam semulajadi.





b) Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Selain itu, elakkan mengikat rambut dengan getah.



Merawat Kulit Berkedut

Kulit berkedut bukan dialami oleh orang tua je ... kita yang muda-muda ni pun ada.. jadi, cuba petua ini.... :)

a) Bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari. Amalkan selalu.



Menghilangkan Jerawat

Jerawat..?? Ohh Nooo... jangan risau.. saya ada petuanya... cubalah..:) belum cuba belum tahu,, bila cuba pasti menjadi...

a) Campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Selawat sebanyak 3 kali. Kemudian sapukan pada muka. Amalkan selalu, InsyaAllah jerawat akan beransur hilang.






b) Tumbukkan sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah itu, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu.



Menegangkan Kulit Muka

Tegangkan kulit awak-awak semua dengan petua ini yer...! Selamat mencuba... :)

a) Ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan mentimun tetapi sebelum itu mentimun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.




b) Rebus segenggam biji kani@manjakani di dalam periuk tanah sehinggalah ianya menggelegak dan pekat. Tunggu sehingga ianya suam. Kemudian sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih. Amalkan selalu.



Petua Menjaga Kecantikan

Pasti semua orang terutama kaum Hawa amat memetingkan kecantikan. Kecantikan ibarat mahkota bagi wanita. Kecantikan itu harus meliputi kecantikan dalaman dan luaran. Kecantikan dalaman datangnya daripada pengisian rohani kita dan sifat seseorang. Kecantikan luaran pula meliputi penampilan seseorang. Oleh itu, saya sediakan tips-tips kecantikan tradisional untuk kaum wanita...

Menghaluskan Kulit Muka

Anda pasti inginkan kulit yang halus kan.. ikuti petua dibawah ini.... insyaallah menjadi...

a) Ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.


b) Bancuhkan sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi. Kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih.



Bahaya Cinta Nafsu



Assalmualaikum...coretan saya adalah berkenaan dengan bahaya cinta nafsu. Cinta ??? Apa ada dengan cinta ?? Perasaan cinta merupakan fitrah untuk setiap manusia yang hidup di dunia. Cinta itu indah bukan.. Namun cinta kita harus kerana ALLAH bukan kerana nafsu semata-mata... renung-renungkan dan selamat beramal... :)

CINTA itu adalah anugerah daripada Allah kepada semua makhluk ciptaannya. Allah menciptakan segala sesuatu itu secara berpasangan-pasangan (lihat Surah Ar-rum ayat 21) iaitu lelaki dengan perempuan dengan tujuan agar mereka saling mengisi kekurangan dan kelebihan di antara mereka yang pada akhirnya akan tumbuh cinta dalam hati mereka.

Cinta dapat membawa keberkatan jika kita boleh mengarahkannya ke jalan yang diredai oleh Allah s.w.t, tetapi cinta juga boleh membawa kepada petaka, malah menjerumuskan kita ke lembah kemaksiatan dan jauh daripada norma Islam. Bercinta janganlah mengiku nafsu semata, tetapi ia perlu berasas kepada agama dan batas Islam. Cinta nafsu adalah cinta yang tidak mengikuti aturan Islam. Ia bebas berbuat apa saja.

Ada beberapa kerosakan akibat cinta nafsu ini. Pertama, lupa mengingati Allah kerana mereka lebih sibuk mengingati makhluk-Nya yakni orang yang dicintainya.
Contohnya jika dia lebih kuat mengingati Allah, insya-Allah mengingati makhluk pasti terkendali. Tapi jika lebih kuat mengingat makhluk-Nya maka mengingati Allah akan dikalahkan.
Kedua, melupakan agama. Tiada orang yang paling mensia-siakan agama dan dunia melebihi orang yang sedang dirundung cinta nafsu.

Ia mensia-siakan maslahat agamanya kerana hatinya lalai untuk beribadah kepada Allah s.w.t.
Ketiga, mengundang bahaya. Bahaya dunia dan akhirat lebih cepat menimpa kepada orang yang dirundung cinta nafsu melebihi kecepatan api membakar kayu kering.
Ketika hati berdekatan dengan orang yang dicintainya secara buta itu, ia akan menjauh dari Allah s.w.t. Jika hati jauh daripada Allah, semua jenis bahaya mengancam dari segenap sudut kerana syaitan sudah menguasai dirinya.

Jika syaitan sudah menguasai diri, mereka berada dalam keadaan bahaya.
Cukuplah dengan fakta masalah perzinaan dan penularan penyakit seksual berlaku dalam dunia hari ini. Begitu juga dengan gejala buang bayi yang tidak berdosa amat menggerunkan.
Keempat, syaitan akan menguasai. Jika kekuatan syaitan menguasai seseorang, ia akan merosakkan akalnya dan memberikan rasa was-was.

Akal kadang-kadang sudah tidak terkendali ibarat seperti meletakkannya di kepala lutut. Padahal yang paling berharga bagi manusia adalah akalnya yang membezakannya manusia dan haiwan.
Jadi jangan hairan jika ramai yang terjerumus melakukan maksiat kerana fikiran mereka menjadi singkat. Apa yang sentiasa mereka fikirkan adalah hawa nafsunya iaitu mahu sedap dan seronok saja.
Kelima, kurang kepekaan. Cinta nafsu akan merosak indera atau mengurangi kepekaannya. Apabila diri penuh dengan dosa maka hati akan rosak. Jika hati sudah rosak maka organ lain, seperti mata, lisan, telinga juga turut rosak.

Ertinya, ia akan melihat yang buruk pada diri orang yang dicintainya secara nafsu itu sebagai sebuah kebaikan atau sebaliknya.

Imam Ahmad menyebut: “Cintamu kepada sesuatu membutakanmu dan membuatmu tuli.”
Ibnu Abbas pernah mendengar berita ada seorang lelaki yang sangat kurus sehingga yang tinggal hanya kulit dan tulang.

Ibnu Abbas berkata, “Kenapa ia? “Ia terkena jatuh cinta, isyq (cinta buta),” jawab seseorang.
Kemudian Ibnu Abbas berdoa dan berlindung kepada Allah s.w.t sepanjang hari daripada penyakit isyq. Kita perlu berfikir secara lebih dewasa dalam apa jua tindakan akan kita akan lakukan. Jangan main-main dalam menangani masalah serius itu.

Jangan sampai terbius oleh gemerlap kehidupan yang menawarkan kenikmatan sementara. Jika kita belum mampu untuk berkahwin maka janganlah berkahwin lagi kerana perkahwinan bukan urusan main-main.

Kita mesti rela untuk membuang fikiran murahan mengenai pertunangan adalah segala-galanya. Sebab, bercinta adalah salah satu bahagian ekspresi cinta nafsu.

Wahai remaja, mulai sekarang tumbuhkan dahulu kecintaan kita kepada ilmu agama sehingga kita memahaminya serta mengamalkannya dalam kehidupan kita seharian. Semoga pula kita tidak tergoda dengan cinta nafsu semata.

Ustaz Zawawi Yusoh

Batas Pergaulan Antara Lelaki dan Perempuan


Assalamualaikum pembaca semua... kali ini saya ini berkongsi tentang batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Jangan pandang enteng taw ! Ini sangat penting untuk kita semua sebagai umat Islam. ye la... kadang-kadang kita lupa tentang hal ini mungkin kerana dia kawan baik kita.. tapi batas tetap perlu dijaga ya .. ! Perkongsian ini saya dapat daripada Ustaz Zawawi Yusoh.. harap ia bermanfaat untuk semua.. :)

ALAM remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.

Maksud hadis: “Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, ‘sesungguhnya aku takut kepada Allah.’”

Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas, perkataan ‘jangan kamu hampiri zina.’

Kalau hampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya. Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram.
Kalau ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar iaitu remaja melahirkan anak luar nikah.
Semuanya bermula dengan pergaulan bebas tanpa batas, berkawan tak salah yang salahnya bila melampaui batas. Kali ini penulis tampilkan batas-batas dalam pergaulan supaya menjadi bimbingan kepada khalayak remaja sekalian, iaitu:

Pandangan
Pertemuan
Percakapan
Berjabat tangan
Bersentuhan badan

Pandangan yang dimaksudkan di sini adalah pandangan yang biasa bukan bertujuan untuk menimbulkan hawa nafsu sama ada dari pihak lelaki atau perempuan.

Bagi kaum lelaki, Allah s.w.t memberi peringatan di dalam firman-Nya dalam Surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud: “Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka memejamkan setengah dari pandangan mereka…”

Bagi kaum perempuan juga Allah s.w.t memberi peringatan-Nya sebagaimana maksud Surah An-Nur ayat 31 “Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang perempuan yang beriman hendaklah mereka memejamkan (tidak tengok) setengah dari pandangan mereka…” dari kedua-dua ayat itu kita dapat menafsirkan bahawa kita boleh memandang seseorang yang berlainan jantina sekadar yang perlu sahaja.

Pandangannya pula tidak keterlaluan atau memandang melampaui batas sehingga menerbitkan hawa nafsu sesama sendiri. Hanya dengan pandangan saja kita percaya hawa nafsu akan menguasai dan syaitan mudah menggoda akhirnya mendorong mereka ke arah kancah maksiat.

Maksud pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat sunyi.
Dalam konteks hari ini lebih di kenali dengan istilah ‘khalwat’ mengikut kebiasaannya apabila dua orang yang bukan mahramnya bertemu di tempat sunyi, mereka akan mudah terdorong untuk melakukan maksiat.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Dari hadis di atas dapat kita membuat kesimpulan bahawa Allah melarang pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat-tempat sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai.

Percakapan atau perbualan yang dimaksudkan di sini ialah apabila dua orang individu yang bukan mahramnya bertemu dan bercakap-cakap dengan tujuan tertentu yang boleh mendatangkan syak wasangka.

Dalam soal ini bukan bermakna antara lelaki dan perempuan tidak untuk bergaul dan bercakap-cakap, Islam tidak melarangnya, tetapi percakapan yang dibenarkan ialah mempunyai tujuan yang tertentu atau urusan yang penting sahaja. Larangan itu dibuat semata-mata untuk menghindari pandangan serong atau fitnah orang terutama sekali kaum perempuan.

Berjabat tangan bermaksud menghulurkan dan menyambut tangan orang lain tanda hubungan silaturahim antara mereka, perlakuan itu meliputi lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan atau sebaliknya.

Menurut Islam hukum berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram. Siti Aisyah r.a ada berkata: “…demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka dengan percakapan.” (Riwayat Imam Ahmad).

Bersentuhan badan bermakna apabila berlaku pertemuan mana-mana anggota tubuh badan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya.

Sentuhan di sini lebih bermaksud sentuhan dengan sengaja, lebih-lebih lagi hingga menerbitkan keinginan nafsu. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya jika kepala seseorang dari kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.”

Dari hadis di atas dapatlah kita mentakrifkan bahawa persentuhan badan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah dilarang keras Allah s.w.t.
Ustaz Zawawi Yusoh

Wednesday, September 24, 2014

Potensi Perkembangan Kanak-Kanak Pendidikan Khas

 Assalamualaikum semua... kali ini saya akan kongsikan potensi perkembangan kanak-kanak istimewa yang perlu kita ketahui... mungkin ini bermanfaat untuk semua.. selamat membaca.... :)

Potensi Perkembangan Kanak-kanak Istimewa 
Pentingnya mengenal pasti kecacKecacatan-kecacatan fizikal seperti rabit bibir, rabit lelangit, capik kaki, katarak mata, berkepala besar (hydrocephalus) dan tanda-tanda di bahadian kulit mudah dikenal pasti tetapi kecacatan-kecacatan seperti pekak dan rencat akal tidak ketara dan memerlukan cara pemeriksaan dan penilaian yang khusus. Justeru itu, jika kemungkinan-kemungkinan ini tidak difikirkan, banyak kes bayi pekak dan rencat akal tidak dikenal pasti dari peringkat awal lagi menyebabkan program intervensi sering lambat dimulakan.

MEMAKSIMUMKAN POTENSI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK CACAT 

               Dalam mana-mana masyarakat, pasti akan terdapat golongan cacat, sama ada cacat fizikal ataupun mental. Antara jenis-jenis kecacatan yang biasa adalah rencat akal, pekak, buta dan cerebal palsy (biasa dikenali sebagai spastik ) yang menyebabkan ketidakupayaan menggunakan tangandan kaki . Selain kecacatan -kecacatan ini , banyak lagi kategori cacat seperti epilepsi ( sawan ) , bisu (tidak boleh bercakap walaupun pendengaran baik ) , juling , rabun , hiperaktif dan lain -lain lagi . 

              Terdapat ramai kanak -kanak dilahirkan dengan berbagai -bagai jenis kecacatan . Antaranya adalah rabit lelangit , rabit bibir , kerosakan jantung , kerosakan usus , kecacatan pada urat saraf dan sistem -sistem lain dan sebagainya . Kecacatan boleh dibahagikan kepada tiga kategori : 

1.   Kecacatan semula jadi , sama ada yang berkaitan dengan baka atau penyakit yang berlaku pada peringkat bayi lagi . 

2. Perintal , iaitu dari 28 minggu sehingga satu minggu selepas bayi dilahirkan . Umpamanya , bayi yang dilahirkan lemas ( perinatal Asphyxia ) akan mengalami kerosakan otak , jangkitan , penyakit kuning yang serius dan sebagainya . 

3. Bayi dilahirkan normal tetapi kecacatan berlaku akibat penyakit , kecederaan atau kemalangan . 

              Dianggarkan hampir 3 % daripada jumlah kanak -kanak di negara ini mengalami kecacatan yang teruk . Hasil kajian yang dijalankan disentul pada tahun 1982 ke atas sekumpulan kanak -kanak berusia dari tiga hingga sembilan tahun mendapati tidak kurang daripada 30 orang kanak -kanak dikatakan mengalami kecacatan disenaraikan dibawah ini. Angka dalam kurungan ialah bilangan kanak -kanak yang terlibat bagi setiap kecacatan :- 

1.   Kecacatan akal ( 15 ) 

2.   Spastik ( 3) 

3.   Sawan ( 3) 

4.   Pekak ( 1 ) 

5.   Rabun ( 1 ) 

6.   Masalah pertuturan ( 2) 

7.   Masalah penbelajaran ( 4 ) 

8.   Masalah tingkah laku ( 1 ) 

Jumlah - 30 

             Kebanyakan kajian yang dijalankan di negara -negara lain mendapati bahawa bilanagan kanak -kanak cacat teruk dan sederhanan dianggarkan diantara 10 hingga 15 peratus daripada jumlah keseluruhan kanak -kanak . Ini suatu angka yang sangat besar dan sudah tentu akan memerlukan sumber kewangan dan tenaga mahir yang besarbagi menyediakan perkhidmatan -perkhidmatan untuk membantu kanak -kanak itu. 

            Setiap kanak -kanak memerlukan perkara -perkara asas dalam kehidupan seperti makan minum , pakaian , tempat perlindungan dan kasih sayang ibu bapa . Keperluan -keperluan ini perlulah dipenuhi supaya dia dapat berkembang dan membesar dengan sempurna . Setiap kanak -kanak ingin menikmati keindahan hidup dan merasakan dirinya dihargai serta mempunyai sesuatu kebolehan yang dapat dibanggakan . Begitu juga dengan kanak -kanak cacat , malahan ada diantara mereka yang memerlikan perkara -perkara lain yang lebih khusus Umpamanya , kanak -kanak pekak mungkin memerlukan alat pendengaran dan latihan pertuturan . Kanak -kanak rabun mungkin memerlukan cermin mata . Kanak -kanak spastik pula memerlukan latihan berbentuk fisioterapi ., terapi cara kerja serta alat -alat untuk membantunya duduk , berdiri dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain . Kanak -kanak rencat akal sejak lahir memerlukan pendidikan khas yang disesuaikan dengan tahap inteleknya . Disamping itu , terdapat juga kanak -kanak yang mengalami berbagai -bagai jenis kecacatan seperti cacat penglihatan dan pendengaran . Contohnya , bayi yang menghidap congenital rubella bukan sahaja dilahirkan bertubuh kecil tetapi mungkin juga pekak , buta atau mengalami kerosakan jantung dan sebagainya . Keperluan -keperluan kanak -kanak ini lebih kompleks dan ibu bapa amat memerlukan nasihat dari golongan profesional yang arif tentang rawatan dan program pemulihan bagi kanak -kanak cacat . 

              Ibu bapa yang mempunyai anak cacat sering mengemukakan beberapa persoalan asa . Mengapa keadaan ini boleh berlaku kepada mereka ? Bolehkah anak mereka dipulihkan atau dirawat ? Apakah masalah -masalah yang mungkin mereka hadapi dalam mengasuh dan mendidik anak dari semasa ke semasa dan bagaimanakah cara pengendaliannya ? Bagaimanakah masa depan anak mereka ? Bolehkah anak -anak ini dimasukan ke sekolah atau mungkinkah mereka akan terus terbiar di bawah jagaan ibu bapa tanpa bantuan pihak kerajaan atau badan -badan tertentu untuk meningkatkan perkembangan anak mereka ? Bolehkah keadaan ini berulang ? Siapakah yang akan menjaga anak cacat mereka selepas mereka meninggal dunia ? Setiap persoalan di atas menjadi ' pre - occupation ' kepada ibu bapa dan mereka amat memerlukan bimbingan profesional yang arif dalam menilai , merawat dan memulihkan kanak -kanak cacat . 

            Pada masa ini , sudah ada banyak teknologi untuk mencegah dan merawat penyakit yang boleh menyebabkan kecacatan dikalangan kanak -kanak . Teknik -teknik untuk memaksimumkan potensi perkembangan kanak -kanak cacat juga telah berkembang dengan pesatnya . Kemajuan sains amat pesat dan hari demi hari , maklumat -maklumat berkaitan dengan aspek -aspek ini sering dikemukakan oleh para penyelidik sama ada melalui majalah -majalah sains , persidangan -persidangan sains , media massa dan sebagainya . Dalam soal pengendalian kanak -kanak cacat , dua prinsip perlu dihayati : 

1.   Mengenal pasti kecacatan dari peringkat awal . 

2.   Memulakan intervensi atau langkah -langkah pemulihan dari peringkat awal . 

             Kedua -dua prinsip ini amatpenting memandangkan bahawa kadar tumbesaran dan perkembangan kanak -kanak cacat amat pesat sekali pada peringkat usia di bawah lima tahun . Para penyelidik telah lama menyedari tentang peringkat -peringkat yang dinamakan critical periods of growth and development. Umpamanya, seorang kanak-kanak yang dilahirkan dengan katarak mata akan rabun jika pembedahan tidak dilakukan pada peringkat awal lagi. Begitu juga dengan kanak-kanak yang dilahirkan pekak: tanpa alat pendengaran dan latihan berkomunikasi dari peringkat bayi lagi, peluangnya untuk mencapai kebolehan bertutur dengan baik amat tipis sekali. Perkembangan bahasa amat penting sekali pada peringkat usia di bawah tiga tahun dan keadaan-keadaan seperti kurang daya pendengaran dan rangsangan akan menjejaskan perkembangan bahasa kanak-kanak tersebut . 

 Pentingnya mengenal pasti kecacatan dari peringkat awal 


              Kecacatan-kecacatan fizikal seperti rabit bibir, rabit lelangit, capik kaki, katarak mata, berkepala besar (hydrocephalus) dan tanda-tanda di bahadian kulit mudah dikenal pasti tetapi kecacatan-kecacatan seperti pekak dan rencat akal tidak ketara dan memerlukan cara pemeriksaan dan penilaian yang khusus. Justeru itu, jika kemungkinan-kemungkinan ini tidak difikirkan, banyak kes bayi pekak dan rencat akal tidak dikenal pasti dari peringkat awal lagi menyebabkan program intervensi sering lambat dimulakan. 

             Contohnya, kanak-kanak yang dilahirkan pekak mungkin tidak dapat dikenal pasti kecacatannya sehingga beberapa tahun lamanya . Seelok-eloknya, pemeriksaan dibuat sewaktu dia masih dihospital lagi untuk menentukan sama ada dia pekak atau tidak. Jika dia disahkan pekek, usaha untuk membekalkannya dengan alat pendengaran boleh diatur. Program untuk melatih ibu bapa kanak-kanak itu tentang teknik-teknik berkomunikasi dan mengajar anak mereka memahami dan menggunakan bahasaperlu diaturkan. 

             Satu contoh lagi melibatkan kanak-kanak yang mengalami kerosakkan otak sewaktu kelahiran sehingga menyebabkan dia spastik. Dia mungkin tidak boleh menggerakkan kaki dan tangannya seperti kanak-kanak biasa. Apa yang sering berlaku ialah ibu bapa kanak-kanak spastik kerap membiarkan anak mereka bersendirian kerana tidak tahu cara untuk mendapatkan perhatian dan merangsang si anak itu. Akibatnya, anak mereka kurang mendapat perhatian. Mereka hanya memenuhi keperluan-keperluan asas anak mereka sahaja seperti menyediakan makan minum. Membersihkan diri dan memakaikan seluar dan baju. 

             Kanak-kanak cacat sering tidak diberi rangsangan yang cukup untuk membolehkan mereka berkembang dan menguasai kemahiran-kemahiran asas. Ini jelas dapat dilihat dalam kajian keatas kanak-kanak cacat di Sentul. Berbagai-bagai faktor boleh menyebabkan keadan ini berlaku. Ibu bapa sedar bahawa anak mereka rencat akal tetapi tidak mengetahui ciri-ciri kekuatan yang dimilikinya. Teknik-teknik rangsangan yang boleh mereka gunakan untuk membantu kanak-kanak mereka menguasai kemahiran-kemahiran tertentu tidak pernah diajarkan. Mereka juga terlalu sibuk dengan perkejaan masing-masing sehingga tidak dapat menumpukan perhatian terhadap anak mereka. Apa yang diperlukan oleh setiap ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak cacat ialah maklumat tentang setiap aspek yang berkaitan dengan kecacatan, kaedah-kaedah pemulihan yang sesuai untuk anak itu dan sama ada sianak itu perlu rawatan perubatan yang tertentu atau tidak. 

             Kanak-kanak berbeza antara satu dengan yang lain. Tidak semua kanak-kanak cacat boleh mendapat manfaat daripada sesuatu program. Umpamanya, dalam satu kelas pemulihan, kanak-kanak yang kurang tumpuan perhatian (attention span deficit disorder) kerap tidak mengikut arahan guru, tidak boleh duduk diam dan asyik merayau-rayau sesuka hatinya.   Oleh itu, prestasi akademiknya pasti tidak memuaskan. Seelok-eloknya, guru perlu memberikan lebih perhatian kepadanya dengan memanggil-manggil namanya, menepuk-nepuk tangan dan memetik jari selalu untuk mendapatkan perhatiannya. Kanak-kanak ini sering memerlukan isyarat-isyarat dan tunjuk ajar yang menggunakan pendekatan satu dengan satu. Tetapi, situasi didalam bilik darjah biasa tidak sesuai kerana seorang guru perlu mengawasi tidak kurang daripada 40 orang murid. Suatu program khas perlulah diaturkan untuk kanak-kanak tersebut jika prestasi inteleknya ingin dipertingkatkan. 

           Taraf sosioekonomi dan tahap pendidikan sesuatu keluarga itu banyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak yang cacat. Umpamanya, seorang bayi yang dilahirkan pekak mungkin cepat dikenal pasti kecacatannya jika ibu bapanya sendiri cepat mengesyaki keadaan ini dan bersungguh-sungguh mencari pakar kanak-kanak untuk mendapatkan pengesahan. Setelah penilaian dibuat, besar kemungkinan sianak itu diberi alat pendengaran dan latihan pertuturan. Ibu bapanya mungkin berminat untuk belajar sendiri supaya mereka dapat memberi latihan kepada anak mereka di rumah. 

             Si anak itu juga mungkin mendapat pengayaan daripada alat-alat permainan dan sumber-sumber pembelajaran yang mudah diperoleh oleh keluarga itu kerana mereka serba berkemampuan. Keadaan yang optimum seperti ini mungkin tidak dinikmati oleh sesetengah keluarga lain yang mungkin menghadapi kesukaran dari segi mendapatkan bantuan perkhidmatan seperti alat pendengaran dan latihan pertuturan ditempat tinggal mereka. Mereka mungkinsibuk dengan tugas-tugas mereka sendiri dan meletakkan anak mereka dibawah jagaan pembantu rumah atau penjaga.   Mereka juga mungkin tidak dapat memberikan rangsangan-rangsangan yang diperlukan untuk mempertingkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran berkomunikasi anak itu. Sesetengah keluarga dapat mengatasi masalah kesibukan mereka dan mendapatkan tempat untuk anak mereka dipusat didikan prasekolah bagi kanak-kanak pekak tetapi kemudahan ini amat terhad dan hanya terdapat dibandar-bandar besar sahaja. 

              Adakalanya, keluarga itu sendiri tidak mampu membeli alat pendengaran untuk anak mereka yang disahkan cacat pendengaran. Para profesional bpleh membantu keluarga ini dengan merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau badan-badan tertentu yang dapat membantu keluarga tersebut memperolehi alat pendengaran yang diperlukan. 

Ubahkan sikap negatif terhadap kanak-kanak cacat 


             Dalam mendidik anak-anak yang cacat, ibu bapa sering berasa hampa kerana tidak mendapat bantuan khidmat dan nasihat yang bernas yang boleh membantu mereka meningkatkan potensi anak-anak mereka. Anggapan bahawa kanak-kanak yang rencat akal, pekak, buta dan spastik tidak boleh dibantu lagi tidak harus diterima kerana pada masa ini, banyak teknik untuk membantu kanak-kanak cacat menguasai kemahiran-kemahiran hidup dan kemahiran-kemahiran praktikal. 

             Kanak -kanak rencat akal berbeza antara satu sama lain dari segi keupayaan pemikiran . Kanak -kanak yang rencat akal sederhana ( mild range of mental handicap ) mungkin boleh dilatih menulis nama dan membuat kira -kira yang mudah . Kebanyakkan mereka boleh menguasai bahasa yang mudah dan ini akan membolehkan mereka berinteraksi dengan orang lain . Ini berbeza pula dengan kanak -kanak yang mengalami rncat akal teruk ( severe mental handicap ) yang mungkin tidak boleh bercakap atau memahami bahasa , tidak boleh menulis atau mengira dan sukar dilatihuntuk membuat sesuatu kerja yang memerlukan banyak pemikiran . Walau bagaimanapun , objektif latihan perlulah disesuaikan dengan tahap pemikirannya serta kekuatan dan kelemahannya . Objektif latihan mestilah realistik supaya ibu bapa tidak merasa hampa jika anak mereka gagal mengikuti latihan tersebut . Tidak ada sebab mengapa kanak -kanak yang mengalami rencat akal yang teruk tidak boleh dilatih untuk melakukan aktiviti - aktiviti harian seperti makan , minum , bersalin pakaian dan memakai kasut dengan sendiri . 

              Seringkali saya dapati kanak -kanak terencat akal dibiarkan begitu sahaja dirumah . Mereka tidak digalakkan untuk mencuba melekukan sendiri aktiviti -akativiti harian : segala -galanya dibuatkan oleh orang lain . Pengalaman di serata dunia menunjukkan bahawa program intervensi awal (early intervention programme ) dapat mempercepat dan meningkat tahap kemahiran asas kanak -kanak cact sehingga mereka boleh berdikari . Umpamanya , seorang kanak -kanak berusia empat tahun yang tidak dilatih akan bergantung sepenuhnya kepada ibu atau pengasuh dalam hal -hal yang berkaitan dengan aktiviti -aktiviti harian seperti makan minum dan bersalin pakaian . 

              Kanak -kanak ini sepatutnya dilatih dan digalak untuk membiasakan diri melakukan aktiviti -aktiviti harian pada peringkat awal lagi supaya dia dapat menguasai kemahiran melakukan aktiviti -aktiviti ini pada usia muda lagi . Kanak -kanak spastik ( celebral palsy ) pula berbeza dari beberapa segi . Ada yang hanya lemah sebelah anggota badan sahaja dan ada pula yang tidak dapat mengerakkan seluruh anggota kaki dan tangan . Sehingga mencapai usia enam tahun , dia hanya mampu bergolek -golek sahaja dantidak boleh duduk dengan sendiri tanpa bantuan kerusi khas . Potensi kanak -kanak yang sedemikian boleh dipertingkatkan dengan bantuan program pemulihan yang sesuai . 

             Kanak -kanak spastik yang daya intelek mereka berfungsi secara normal memerlukan latihan yang berbeza sama sekali dengan latihan yang diperlukan oleh kanak -kanak spastik yang rencat akal . Bagi kanak -kanak ini , tidak ada sebab mengapa mereka tidak dapat terus belajar di sekolah biasa jika mereka dapat bergerak dengan bantuan kerusi roda atau tongkat . Ibu bapa yang mempunyai anak spastik digalakkan melawat pusat -pusat latihan kanak -kanak spastik untuk mempelajari cara -cara kanak -kanak ini dilatih makan , minum , bermain , menaip , duduk dan berdiri menggunakan alat -alat tertentu dan lain -lain lagi . 

              Kanak -kanak buta tidak semestinya terencat akal . Ramai orang yang cacat penglihatan telah mencapai kejayaan dalam bidang pengkhususan mereka . Walaupun seseorang itu buta , tetapi jika daya pendengarannya baik , dia masih boleh terus berkembang dari segi inteleknya seperti kanak -kanak lain . Golongan kanak -kanak cacat yang paling sukar untuk ditingkatkan daya pemikirannya ialah mereka yang tidak boleh melihat dan mendengar . Contohnya , kes congenital rubella yang melibatkan kanak -kanak yang dilahirkan dengan katarak mata dan pekak . 

              Kanak -kanak ini dapat menggunakan tangannya seperti kanak -kanak yang boleh melihat dan juga tidak boleh mendengar percakapan orang lain . Oleh itu, dia tidak boleh bercakap atau memahami bahasa . Walau bagaimanapun , kanak -kanak ini amat bergantung pada belaian kasih ibu bapanya kerana dia boleh merasai pegangan mesra mereka . Penbedahan katarak serata penggunaan cermin mata atau kanta lekap ( contact lens ) dari awal -awal lagi amat penting supaya dia sekurang -kuramgnya dapat melihat sedikit . Tetapi , penggunaan kanta lekap masih menimbulkan beberapa masalah teknikal di samping kos pengendaliannya yang tinggi . 

Pastikan kanak -kanak mempunyai taraf pemakanan yang baik . 

           Tidak dapat dinafikan bahawa pemakanan yang seimbang dan berzat diperlukan oleh setiap kanak -kanak . Saya sering bertemu kanak -kanak spastik yang sukar menelan makanan . Kadang kala , kerosakkan urat saraf yang dialaminya juga boleh menyebabkan kepalanya sentiasa ditengadahkan kebelakang . Ini menyulitkannya sewaktu makan . Adakalanya , keadaan ini berlanjutan bertahun -tahun lamanya kerana ibu bapanya tidak mendapatkan nasihat dari para profesional tentang pentingnya posisi si anak itu diperbetulkan agar dia mudah menghisap dan menelan makanan . Masalah ini menyebabkan kanak -kanak itu menjadi kurus dan sistem daya tahan penyakitnya menjadi lemah . Akibatnya , dia sering diserang penyakit . 

              Kanak -kanak spastik yang mempunyai masalah pemakanan perlu mendapatkan nasihat kaunseling untuk memastikan agar dia mendapat makanan yang cukup dan berzat . Kanak -kanak yang kurang subur mudah mendapat penyakit . Tahap kesihatan yang rendah akan menjejaskan perkambangannya . Saya pernah bertemu seorang kanak -kanak spastik yang sukar menghisap susu . Setiap kali tiba waktu makan , dia dibaringkan dan makanan atau susu dititiskan ke dalam mulutnya . Amalan sebegini tidak akan melatih kanak -kanak itu menghisap , menguyah dan menelan makanan . 

               Bayi yang sudah berusia enam bulan perlukan makanan peralihan kerana susu tidak lagi mencukupi untuk tumbesarannya . Untuk menelan makanan pejal dan lebih keras , dia perlu menghisap , menguyah , menelan dan menghadam dan jika ini tidak dibiasakan , pertumbuhannya mungkin merosot . Doktor anda boleh membantu anda menentukan makanan -makanan tambahan untuk anak yang mempunyai masalah pemakanan . 

               Seperti kanak -kanak lain , kanak cacat juga memerlukan rawatan perubatan dari semasa -ke semasa . Sesetengah kanak -kanak cacat mempunyai masalah -masalah yang lain seperti sawan dan ini perlu dihindarkan seberapa yang boleh dengan ubat tahan sawan . Sawan yang berterusan lebih daripada 30 minit boleh merosakkan otak kanak -kanak tersebut . Kanak -kanak yang mempunyai kerosakan otak lebih mudah mendapat demam sawan . Sawan yang berterusan terlalu lama akan memburukkan keadaan dan membantutkan lagi perkembangan kanak -kanak itu . 

             Maklumat -maklumat dan kaedah -kaedah untuk mempertingkatkan potensi kanak -kanak cacat berkembangan dengan pesatnya dan ibu bapa perlulah mendapatkan nasihat dari para profesional yang arif tentang rawatan dan pemulihan anak mereka .Matlamat latihan adalah untuk memboleh kanak -kanak ini menguasai kemahiran -kemahiran hidup dan berdikasi tanpa memerlukan penjagaan dan perhatian daripada orang lain . Dengan mengenal pastikan kekuatan -kekuatan dan kelemahan - kelemahan mereka , program intervensi boleh dimulakan seberapa segera yang boleh . Pendiagnosan dan intervensi awal perlu dilakukan segera kerana bayi dan kanak -kanak berkembang dan membesar dengan cepat . Program pemulihan yang dimulakan lebih awal adalah lebih berkesan . 


              Perkhidmatan untuk membantu kanak -kanak cacat di negara ini sedang berkembangan pesat dan ibu bapa perlulah mendapatkan maklumat tentang latihan yang diperlukan untuk anak -anak mereka serta bagaimana mendapatkan perkihdmatan tersebut . Peranan ibu bapa dan keluarga sebagai pengasas perkembangan kanak -kanak cacat amat penting sekali . Masa depan kanak -kanak cacat dipengaruhi oleh faktor -faktor seperti kesihatan , tahap pemakanan , pengalaman -pengalaman dan latihan -latihan .

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Khas

Salam Ukhwah... hari ini saya akan berkongsi tentang isu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Khas. Pendidikan Khas merupakan satu bidang yang amat mencabar. Oleh itu, banyak isu-isu yang timbul yang berkaitan dengan pendidikan Khas.

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atauguru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Kadangkala hal sedemikian tidak berlaku dalam Pendidikan Khas. Ada sebilangan guru yang mengambil kesempatan dengan ketidakupayaan murid. Mereka mengambil jalan yang mudah dan mengajar dengan sambil lewa sahaja. Tidak ada persediaan dan beranggapan tidak perlu bersusah payah mengajar kerana mereka pasti tidak cemerlang seperti murid aliran perdana. Tidak perlu tetapkan target kerana mereka sememangnya tidak ada pencapaian. Sikap beginlah menjadikan persepsi guru aliran perdana dan pihak pentadbir semakin berat sebelah .

 Terdapat guru yang melengahkan masa untuk masuk ke dalam kelas, dan ada juga yang masuk tetapi tiada pengisian yang diterima oleh murid tersebut. Pengajaran tidak berlaku  biasanya  guru akan mengambil latihan di dalam buku yang dibeli dan difotostat untuk semua muridnya. Kemudian, murid akan diarah menyiapkan latihan tersebut sementara guru membuka laptop dan melayari internet. Hal ini sememangnya amat tidak patut dilakukan oleh guru walaupun mereka menganggap pengajaran akan menjadi sia - sia kerana murid cepat lupa. Bagi guru yang prihatin, memang akan digunakan latihan di dalam buku namun perlu mempunyai pengisian dan mengajar dahulu murid berkaitan pengajaran tersebut. Betulah jika pihak pentadbir mengatakan murid Pendidikan Khas setiap hari asyik mewarna.

Selain daripada itu, hasil kerja murid tidak dinilai dengan betul. Memberi tugasan kepada hanya sebagai umpan untuk duduk diam sahaja. Murid tidak dibimbing dengan baik dan seperti yang sepatutnya. Guru  Pendidikan Khas sendiri memandang rendah kepada kemampuan muridnya apatah lagi orang lain.

Isu seterunya berkaitan dengan pengawasan dan tanggungjawab guru selepas waktu mengajar mereka. Walaupun bukan tugas guru biasa untuk mengawasi murid selepas waktu mengajar, ia berbeza dengan pendidikan khas. Murid ini perlu diawasi setiap masa namun bukan perlu memegangnya, cuma diperhati dan menegur sekiranya salah. Namun, kebanyakan guru tidak menghiraukan perkara tersebut dan memandang sebelah mata sahaja sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Selalunya tugas ini akan ditolak terus kepada pembantu pengurusan murid dan guru pula duduk rehat dan melayari internet ataupun berborak sesama sendiri. Berbeza pula bagi guru yang prihatin,mereka akan mengiringi muridnya ke kantin dan mengawasi agar tidak berlaku pergaduhan atau menganggu murid lain.

Cadangan Mengatasi

Guru pendidikan khas merupakan individu yang paling penting di dalam kelas pendidikan khas. Sebagai pendidik mereka perlu merancang proses pengajaran mereka dengaan baik. Mereka perlu tingkatkan kemahiran dan memperbaiki mutu proses pengajaran. Guru perlu mewujudkan suasana yang kondusif supaya murid dapat belajar dengan selesa dan kondusif.

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas atau Penyelaras memainkan peranan penting memantau dan memberi teguran serta menasihati guru-guru supaya yang melakukan kesilapan. Mereka perlu diberi kesedaran dan pengetahuan mengenai tugas dan tanggungjawab seorang guru Pendidikan Khas.

Guru yang cemerlang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar. Mereka perlu  menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pengajaran dan pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Guru yang berwawasan mestilah proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.

Juga dicadangkan sekiranya ada guru yang menghadapi masalah dalam proses pengajaran, mereka perlu dibimbing cara melaksanakan pengajaran yang sesuai dengan keupayaan murid Pendidikan Khas. Terutama sekali bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih. Mereka ini juga memerlukan guru pembimbing bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan proses pengajaran.

Selain daripada itu pihak pengurusan boleh mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah rintis sebagai penanda aras untuk memantapkan lagi profesion keguruan. Di samping itu juga digalakkan menghadiri sebarang kursus, bengkel atau seminar yang dianjurkan oleh badan-badan lain termasuk NGO sebagai pemantapan dalam ilmu pengetahuan.

Hubungan Kolaborasi dalam Pendidikan Khas

Holla..!!! Jom kita ketahui hubungan kolaborasi dalam Pendidikan Khas.

DEFINISI KOLABORASI

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), kolaboratif membawa maksud erat dari segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih. Definisi ini merujuk kepada kerjasama ke arah melaksanakan aktiviti kebaikan. Kolaborasi menurut pandangan umum ialah perkembangan dan pengekalan sesuatu yang positif, perhubungan egalitarian  iaitu membawa maksud bahawa semua orang dilayan sama rata  dan dengan itu mestilah mendapat hak dan peluang yang sama, dan saling bekerjasama dalam membantu, menyelesaikan masalah dan perkongsian dalam membuat keputusan melalui perundingan.
            Kanak-kanak keperluan khas memerlukan bantuan daripada pelbagai pihak untuk memberi khidmat sokongan  kepada mereka. Pihak-pihak yang terlibat terdiri daripada ibu bapa, guru, pihak kerajaan, pihak bukan kerajaan, masyarakat dan lain-lain. Mereka ini terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu dan memberi sumbangan kepada kanak-kanak khas.
            Hubungan kolaborasi antara pelbagai pihak dalam pendidikan khas amat penting untuk mengenal pasti kanak-kanak pendidikan khas dan kebajikan mereka dijaga dengan baik. Hal ini kerana kanak-kanak ini sentiasa terpinggir dan kurang mendapat keperihatinan orang ramai disebabkan kekurangan yang mereka miliki. Hubungan kolaborasi ini juga adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak kurang upaya dan sama-sama berganding bahu dalam menyelesaikan masalah tersebut.
            Seterusnya, untuk merangka program pendidikan dan aktiviti untuk murid-murid khas yang mantap dari segi perlaksanaannya hasil gabungan pelbagai pihak dan menjadikan program tersebut berkualiti dari sudut pengisian serta berjaya melahirkan kanak-kanak pendidikan khas yang berpengetahuan. Program yang dirangka turut merangkumi pelbagai aspek yang penting dalam membantu perkembangan pendidikan khas di Malaysia. Dari program ini jugalah kanak-kanak diberikan latihan kemahiran dan kemudahan peralatan dalam pembelajaran mereka.
            Tujuan kolaborasi ini turut untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas, menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid, mengembangkan bakat dan potensi murid, dan menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.
            Akhir sekali, kolaborasi boleh disimpulkan sebagai usaha daripada pelbagai pihak untuk menjaga dan melindungi kepentingan kanak-kanak pendidikan khas. Kanak-kanak ini memerlukan bantuan dan khidmat sokongan dari semua pihak kerana mereka turut layak mendapat layanan dan hak yang sama seperti kanak-kanak normal. Kekurangan yang mereka miliki tidak seharusnya menjadi halangan untuk mereka tidak mendapat perhatian yang seharusnya mereka peroleh.

KOLABORASI ANTARA PELBAGAI PIHAK DAN AGENSI

IBU BAPA

            Daripada beberapa artikel yang saya baca, ibu bapa merupakan insan yang paling penting dalam mendidik anak-anak. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya. Ianya mampu memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak dengan seimbang dari aspek tingkah laku dan afektif.
            Ibu bapa berperanan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak seperti disleksia, hiperaktif dan lain-lain kerana masalah ini dapat dikesan sejak kecil oleh ibu bapa dan ibu bapa harus mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan dan pihak profesional untuk merawat penyakit yang dihadapi. Kemungkinan untuk kanak-kanak ini sembuh adalah amat besar jika mendapat rawatan yang awal.
            Menjaga anak-anak kurang upaya semestinya merupakan cabaran yang besar bagi ibu bapa. Namun, ibu bapa harus tetap menjaga kanak-kanak tersebut dengan baik dan tidak hanya bergantung kepada guru di sekolah semata-mata untuk mendidik anak-anak ini. Ibu bapa harus menjaga pemakanan, kawalan tingkah laku dan emosi anak-anak mereka. Hal ini kerana ia amat penting dalam membantu perkembangan mental dan fizikal yang baik kanak-kanak. Seterusnya, ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama dengan anak-anak bekeperluan khas ini. Mereka memerlukan lebih perhatian dan bimbingan yang berterusan supaya menjalani kehidupan yang kebih bermakna.
            Daripada artikel yang saya peroleh dari blog Laman E-Ilmu, ibu bapa digalakkan untuk melibatkan diri dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dengan masalah anak contohnya, Persatuan Syndrome Down, NASOM dan lain-lain lagi. Dengan ini ibu bapa dapat berbincang dengan ibu bapa lain yang mempunyai masalah yang sama ditanggung sama ada masalah dari segi kesihatan, cara pengurusan anak-anak, perkembangan dan pendidikan anak-anak. Ia mampu memberi idea baru dalam mendidik anak-anak berkeperluan khas ini.

 GURU
            Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) guru merupakan orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan juga pengasuh. Guru berperanan sebagai pendidik kedua selepas ibu bapa dan bertanggungjawab untuk mengajar kanak-kanak serta amat memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri pelajar jika pembelajaran yang diajar berkesan.
            Pertama, guru pendidikan khas harus menggunakan kaedah yang berlainan untuk mengajar kanak-kanak khas kerana mereka mempunyai tahap pemikiran yang lebih rendah berbanding kanak-kanak biasa. Kanak-kanak ini memerlukan alat bantu mengajar untuk menarik minat mereka untuk belajar dan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, menggunakan pendekatan melalui muzik dan gambar.
            Daripada artikel yang saya baca dalam Utusan Malaysia 2011 secara atas talian, guru pendidikan khas harus menggunakan pendekatan kreatif dan kritis serta kaedah pengajaran yang tersendiri kerana kanak-kanak istimewa memerlukan suasana pembelajaran yang menarik untuk belajar supaya tidak mudah jemu dan bertindak di luar kawalan. Guru Pendidikan Khas juga perlu sentiasa mencatat perkembangan anak-anak murid dari semasa ke semasa supaya peningkatan yang berlaku dalam pembelajaran mereka dapat dikongsi bersama-sama ibu bapa dan menunjukkan keberkesanan guru itu dalam pengajarannya.
            Oleh itu, guru sebagai pembimbing kepada murid-murid harus mempunyai ciri-ciri guru yang baik seperti penyayang, cekap dalam melakukan tugas, sabar, prihatin, dan bertanggungjawab untuk melahirkan guru mesra OKU. Walaupun menjadi guru Pendidikan Khas amat mencabar dari segi fizikal dan menta,l namun dengan kejayaan murid-murid walaupun hanya sekadar mengurus diri sendiri merupakan kejayaan terbesar dan tidak ternilai buat guru itu. Dengan berkat kesabaran guru dalam mendidik, murid-murid ini telah berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh guru tersebut.

SEKOLAH

            Sekolah merupakan insititusi pengajian untuk pelajar-pelajar menimba ilmu. Pelbagai program Pendidikan Khas yang telah disediakan untuk kanak-kanak khas iaitu yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran dan masalah pembelajaran dengan mewujudkan sekolah khas, program Pendidikan Khas integriti dan program Pendidikan Khas dengan pendekatan insklusif.
            Pihak sekolah memainkan peranan yang amat penting untuk melahirkan kanak-kanak khas yang mampu berdikari dan menguruskan diri sendiri. Dengan itu, pihak sekolah perlu menyediakan tempat belajar atau bilik khas untuk kanak-kanak Pendidikan Khas. Mereka memerlukan suasana yang menarik untuk belajar yang lengkap dengan peralatan-peralatan atau alat bantu mengajar untuk kanak-kanak ini belajar. Pihak sekolah turut perlu menyediakan dana dan sistem kewangan untuk murid-murid khas supaya segala keperluan mereka di sekolah dapat dipenuhi.
            Daripada beberapa artikel yang saya baca dalam internet, pihak sekolah juga perlu sentiasa mengadakan rundingan dan perbincangan bersama-sama ibu bapa mengenai anak-anak mereka serta bersama-sama mencari jalan untuk meningkatkan tahap pembelajaran kanak-kanak istimewa ini. Kemudahan-kemudahan turut perlu disediakan oleh pihak sekolah seperti pusat sumber yang menyediakan buku bacaan bergambar, kad dan alat permainan, taman permainan dan kemudahan-kemudahan lain untuk menambah minat mereka untuk datang ke sekolah.
            Seterusnya, sokongan dan dorongan daripada pihak sekolah amat diperlukan untuk menyokong kanak-kanak khas. Dengan bantuan daripada pelbagai pihak, nescaya pihak sekolah mampu mewujudkan sebuah sekolah pendidikan khas yang kondusif.

PAKAR PERUBATAN
            Pakar perubatan turut memberikan sumbangan dan berkolaborasi untuk memberi khidmat sokongan dan bantuan kepada kanak-kanak khas. Pakar perubatan seperti doktor memainkan peranan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak khas serta mengesan punca kecacatan. Dengan ini, kecacatan yang dihadapi mungkin boleh dipulihkan dan mendapatkan rawatan yang susulan untuk kesembuhan. Walaupun kesembuhannya bukan untuk keseluruhan menjadi seperti kanak-kanak biasa namun ia mampu mengurangkan penderitaan yang dihadapi oleh kanak-kanak khas ini.
            Menurut artikel yang saya baca, doktor pakar kanak-kanak atau doktor spiktatri sahaja yang layak untuk membuat ujian penempatan untuk kanak-kanak khas terutama untuk kanak-kanak lembam. Doktor memerlukan jangka masa yang agak lama (antara dua minggu ke sebulan) untuk mengesahkan kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak selain beberapa siri terapi dan tahap kematangan pemikirannya akan diukur. Dengan kelulusan daripada doktor akan menentukan kanak-kanak tersebut harus dimasukkan ke kelas Pendidikan Khas atau tidak.
            Selain itu, terdapat juga pakar perubatan prediatrik yang berperanan untuk mengenal pasti masalah yang berpunca daripada genetik, kewarisan, prenatal dan postnatal. Doktor neurologi pula melakukan diagnostik dan mengubati penyakit seperti kecacatan otak, hiperaktif dan memberi ubat "Ritalin" untuk mengawal keaktifan. Pakar perubatan audiologi mengesan fungsi pendengaran dan oftomologi menaksir penglihatan pelajar.
            Dengan itu, pakar perubatan amat penting untuk mengesahkan masalah yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas dengan lebih terperinci.

KEMENTERIAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

            Kementerian Kebajikan ditubuhkan dalam tahun 1946. Ia merupakan salah sebuah agensi kerajaan yang memainkan peranan dalam pembangunan sosial. Ia ditubuhkan untuk membantu dan menjaga kebajikan masyarakat supaya tidak tersisih dalam usaha untuk membangun masyarakat ke arah kesejahteraan.
            Daripada portal rasmi Kementerian Kebajikan Masyarakat yang saya kunjungi, mereka telah melakukan pelbagai inisiatif untuk membantu orang kurang upaya (OKU) dalam bidang advokasi, aksesibiliti, kesihatan, pemulihan, pendidikan, pekerjaan, keselamatan diri dan perlindungan sosial, perkhidmatan sokongan, kewangan dan lain-lain. Kesemua usaha yang dilakukan untuk orang kurang upaya adalah untuk memastikan kebajikan mereka terjaga dari semua aspek kehidupan.
             Untuk kanak-kanak pendidikan khas pula, kementerian ini mengutamakan kepentingan terbaik dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU.

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Menurut laman web rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, mereka menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah cacat fizikal teruk, rencatan akal sederhana dan teruk, pelbagai kecacatan dan kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Kebajikan Masyarakat bersama-sama menjaga kebajikan kanak-kanak khas.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
      
      Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan pelbagai program pendidikan untuk kanak-kanak khas di Malaysia supaya mendapatkan pendidikan seperti kanak-kanak biasa. Terdapat tiga kategori utama program pendidikan khas iaitu, program Pendidikan Khas Masalah Pendengaran, program Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dan program Pendidikan Khas Integrasi.
Menurut sumber yang saya peroleh daripada internet, KPM telah melaksanakan pendidikan khas melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Manakala program pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas masalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Program tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Program pendidikan khas yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melibatkan pendidikan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan peringkat menengah menyediakan dua jenis aliran iaitu akademik dan teknik atau vokasional. Manakala tempoh pengajian bagi murid-murid berkeperluan khas sekolah rendah selama enam tahun, sementara bagi sekolah menengah selama lima tahun. Namun demikian, tempoh tersebut boleh dilanjutkan sehingga maksimum dua tahun mengikut keperluan murid-murid berkenaan.
Segala usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk menjaga kepentingan kanak-kanak istimewa ini. Mereka telah memainkan peranan yang maksimum untuk mempertahankan kanak-kanak istimewa supaya mendapat kemudahan pendidikan yang mencukupi. Hal ini membuktikan bahawa kanak-kanak istimewa turut boleh mengikuti pembelajaran seperti kanak-kanak normal walaupun mereka kelainan upaya.

BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

            Khidmat sokongan dalam Pendidikan Khas turut melibatkan badan-badan bukan kerajaan yang terdiri daripada organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawan yang bersama-sama membantu membela nasib orang-orang kurang upaya. Tujuan persatuan organisasi dan badan-badan sukarelawan ini ditubuhkan untuk memberi semangat dan sokongan dari segi fizikal dan mental untuk orang-orang kurang upaya supaya bersemangat untuk hidup kerana mereka turut diperlukan dalam membangunkan negara ini agar lebih maju.
            Daripada persatuan-persatuan yang ditubuhkan menunjukkan kesedaran orang ramai terhadap kanak-kanak istimewa dan pelbagai aktiviti telah dirancang serta dilaksanakan untuk mereka. Berdasarkan kajian yang saya buat, terdapat banyak persatuan yang ditubuhkan di Malaysia untuk membantu warga kurang upaya antaranya Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), TATPUTRA PERKIM, Cleft Lip and Pelate Association of Malaysia, Yayasan Sindrom Down Kiwanis, Persatuan Orang Buta Malaysia, Persatuan Kanak-Kanak Spastik (Spastic Children`s Association) dan banyak lagi.
            Setiap persatuan-persatuan ini memainkan peranan yang tersendiri antaranya adalah Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) yang mengesan dan menjalankan rawatan, pembelajaran dan penerimaan kanak-kanak autisme. NASOM juga memberi nasihat dan bantuan kepada keluarga kanak-kanak autisme serta memberi penerangan kepda ibu bapa, para profesional dan orang ramai. Selain itu, TASPUTRA PERKIM yang berperanan memberi asuhan-asuhan kepada kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak cacat anggota dan mental. Mereka diberi latihan kekuatan mental dan fizikal. Seterusnya, Persatuan Kanak-Kanak Spastik yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara 2 hingga 6 tahun. Yayasan Sindrom Down Kiwanis pula membantu murid-murid sindrom down mendapat pelajaran serta latihan kemahiran hidup sebelum dihantar ke sekolah khas kerajaan.
            Pada pendapat saya, semua badan-badan bukan kerajaan ini menjadi tulang belakang kepada pihak kerajaan untuk memberi khidmat sokongan kepada orang-orang kurang upaya. Dengan kewujudan badan-badan ini, struktur organisasi dan kebajikan Pendidikan Khas serta orang-orang kurang upaya lebih terjamin.

KOMUNITI
            Komuniti seperti masyarakat setempat dan media massa turut tidak terlepas menjadi salah sebuah organisasi yang membantu dalam memberi khidmat sokongan kepada kanak-kanak pendidikan khas. Masyarakat setempat berperanan untuk menyokong segala usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan supaya segala program yang dijalankan berjalan dengan lancar. Masyarakat juga perlu mengambil berat mengenai kanak-kanak kurang upaya dengan tidak menghina atau mencerca kekurangan yang dimiliki oleh kanak-kanak ini. Hal ini mampu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan aman. Selain itu, masyarakat digalakkan untuk menyertai persatuan-persatuan sebagai tanda sokongan dan sekaligus menunjukkan keprihatinan terhadap golongan kurang upaya.
            Media massa pula turut memainkan peranan dalam membantu Pendidikan Khas. Daripada keratan-keratan akhbar dan kaca televisyen memperlihatkan usaha media massa untuk menyebarkan maklumat dan segala hal yang berkaitan dengan golongan kurang upaya ini dari sudut bantuan yang diberikan dan keperihatinan daripada pihak yang berkuasa. Setiap mesej yang disampaikan akan diterima oleh orang ramai dengan cepat dan tepat kerana kini media massa merupakan salah satu Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang amat berleluasa penggunaannya.

KESIMPULAN
            Kesimpulannya, kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan memerlukan perhatian dan penjagaan yang khusus. Mereka memerlukan kasih sayang, perhatian, dan belaian daripada orang sekeliling. Hal ini memerlukan kesabaran yang tinggi sehingga boleh menjadikan orang sekeliling sebagai pemberi semangat untuk kanak-kanak ini untuk terus bertahan hidup.

Dengan itu, kolaborasi daripada pelbagai pihak dan agensi memberikan impak yang sangat positif kepada kanak-kanak berkeperluan khas terutama dari segi pendidikan dan kebajikan mereka. Bidang pendidikan amat penting dalam kehidupan setiap manusia tidak kira kanak-kanak khas ataupun kanak-kanak normal. Pendidikan adalah hak semua, tidak kira untuk siapa, di mana dan bagaimana ia dikendalikan. Mengikut The Nasional Coalition of Educational Equality Advocates, semua orang harus diberikan peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti tinggi tanpa mengira warna kulit, agama, jantina, umur, kecacatan, tempat asal atau kelas sosial. Kebajikan mereka pula perlu sentiasa dijaga supaya mereka berpeluang mendapatkan segala kemudahan yang diberikan seperti kanak-kanak biasa dan tidak ketinggalan. Pelbagai masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak khas dapat dikurangkan sekiranya wujud kerjasama daripada pelbagai pihak. Khidmat sokongan ini membantu dalam ibu bapa dan guru khas dalam mewujudkan suasana pengajaran proaktif.